20100703

bahagia

dulu kawan aku cerita boyfriend dia tak sayang dia. senang ja aku cakap, jangan paranoid.

dulu kawan aku cakap boyfriend dia penipu lah, ada perempuan lain lah, apa lah. senang ja aku cakap, cari lain.

aku bukan nak cakap apa la. benda yang dulu-dulu aku cakap kat kawan tu, datang dari aku yang zero experience. tu yang aku main sembur suka hati aku. yang aku tau, aku nak member aku happy sentiasa. so, sorry kepada kawan aku tu sebab dah terbagi advice yang salah. yang aku cakap “jangan paranoid” sekarang dah jadi ex. yang aku suruh “cari lain” kekal sampai sekarang. sorry sangat-sangat babe!

ada orang cakap aku ni poyo ja bahagia padahal tak bahagia pun. eh eh eh. bestnya statement kan. padahal aku tak ada cakap kat mana-mana “kitaorang lah pasangan bahagia”. tiba ja.

comelnya awak cakap macam tu. kita tau lah awak terlampau bahagia dengan kesayangan awak tu. tak pernah gaduh kan kauorang? sweet lah tu ek? sweetnyaaaaa. terus kena kencing manis bila tengok gambar kauorang peluk-peluk, keluar-keluar lidah bagai. sweet sangat. ;;)

kalau nak berlakon bahagia, tak ada aku gaduh depan orang lain.

kalau nak budget happy couple, tak ada aku maki hamun kat blog/Facebook/Twitter.

kalau nak perasan sweet (macam kauorang), tak ada nya sampai 10 ribu kali break setahun.

kalau ada orang ngadu pasal relationship, dengar baik-baik. kalau dia minta pendapat, bagi… tapi tak payah pressure orang tu suruh ikut apa yang kita cakap. bukan kita yang dalam relationship tu. kita tak tau tukang ngadu tu layan the other person macam mana. diaorang berdua ja yang tau apa yang berlaku. tak payah nak cakap ikut sedap mulut sendiri ja. consider la hati perasaan orang lain.

janganlah cepat sangat pass judgement. every relationships have their own problems ok. kau jangan nampak sekilas terus kau letak komen buat conclusion sendiri.

aku tau kau pun ada problem juga cuma aku tak kecoh ja. tak ada nak tiba-tiba tulis kat wall siapa-siapa, kat gambar siapa-siapa ke cakap kauorang poyo bahagia. ada aku buat macam tu? tak adaaaa.

biasalah orang komen sana sini pasal relationship orang lain kan. aku pun buat juga kadang-kadang. kauorang nak ngumpat suka hati ah. tapi tak payah nak canang seluruh pelusuk dunia macam kauorang tahu everything.

dasar agas. culture shock. baru merasa sekali kan dapat couple macam tu? tu yang excited terlebih nak tunjukkan rasa cinta membuak-buak dalam dada. gelabah nak mampos kau minah!

Post a Comment