20100715

anak sulung vs anak bongsu

Tengah sedap-sedap tengok TV tiba-tiba adik lelaki aku umur 7 tahun, N, terjaga dari tidur menangis-nangis.

Sambil-sambil mak aku pujuk aku tanya, apahal budak kecik tu nak melalak. mimpi ngeri ke apa?

Sekali mak aku cakap, tangan dia kebas. duhh.

Aku tak pernah OK nak ngada-ngada macam tu dengan mak aku masa aku 7 tahun. Setakat tangan kebas nak menangis. Apa benda kan?

Sekali aku teringat…

Masa aku 7 tahun aku ada dua orang adik sudah. Seorang 3 tahun, T. Seorang 1 tahun, E. Padanlah aku tak boleh nak ngada-ngada masa tu.

Tak aci betullah anak last.

Post a Comment