20100711

Sarefa + Azrul

IMG_0002

P10-07-10_15.08



1. Terima kasih Cuen. Tanpa kau dan kereta Waja ayah kau, tak dapatlah aku nak tengok Chuefa bersanding.

2. Sampai majlis orang tengah berkompang. Nasib sempat tengok Chuefa bersanding. Kira on time lah kitaorang sampai.

3. First reaction bila nampak best friend sendiri atas pelamin, excited. Siap main lambai-lambai. HAHA

4. Masuk rumah letak hadiah atas katil pengantin. Keluar rumah tengok Chuefa atas pelamin lagi. Suddenly it hits me, CHUEFA DAH KAHWIN! Sayu. Nangis. Tengok Cuen. Dia tengah nangis juga. Chuefa panggil nak snap gambar sama-sama. Salam, peluk-peluk, cium-cium, nangis lagi. Kesian dia. Tak pasal-pasal pengapit kena lap-lap air mata pengantin. Rasa bersalah pula rosakkan make-up pengantin. Tapi nak buat macam mana. Perasaan tak terkawal :’(

5. Lepas dah selesai makan beradab, jumpa dia, berbual. Bergambar yang tak seberapa sebab tak ada kamera (dah rosak kan kamera aku :/)

6. Balik dengan berat hati. Tertanya-tanya sendiri… bila lagi lah nak dapat jumpa T_T

* Cerita sikit latarbelakang friendship kitaorang. Mula rapat time form 2 sebab Ofee satu dorm dengan dia. Time tu berlima sekali dengan Aah, Dewi. Lepas tu bertambah; Fifie, Ayong, Cuen. Kitaorang dah feeling macam adik-beradik dah. Chuefa ni kira kaklong kitaorang lah kan. That’s why sedih sangat kot bila dia kahwin. Dah 4 tahun tak jumpa.

Fifie tu pun last jumpa 2004. Now dah lost contact :(

7. Then again, Selamat Pengantin Baru Chuefa. Cepat-cepat dapat anak. Hopefully, we will meet again… soon!
Post a Comment