20100729

BINGIT

Bangun pagi baru sedar fail pink tak ada. Mana dia? Tak ketahuan. Cepat-cepat ke fakulti. Kot-kot tertinggal kat foyer… Malangnya tak ada. Tanya librarian, tanya kerani… tak ada. Apa nak buat? Tunggu juniors keluar dari dewan kuliah. Harap-harap ada kat sana. Muka dah gelabah tak ingat. Memang cuak. Mana nak cari course outlines, notes, and soalan tutorial/PBL lagi? Habis duit kalau nak fotostat baru.

Penantian berbaloi, Alhamdulillah. Fail pink selamat dalam dewan kuliah. Dijumpai dalam keadaan dah dibuka. Nasib baik tak ada apa yang censored dalam tu. Setakat nota cinta. Apa lah sangat. Tak bikin kontroversi pun :)

-

Menyampah dengan budak yang langgar kereta member. Dahlah penipu. Cakap ada lesen tapi sebenarnya tak ada. Muka berlagak. Kira untung lah dia deal dengan member tu. Kalau orang lain, tak ada senang-senang nak lepas. Harus dilayan tanpa belas kasihan.

-

Ada seorang perempuan psiko yang tak berhati perut berdekatan dengan bilik kediaman. Tugas sebenar, jaga kebajikan pelajar. Realitinya, menyusahkan semua orang. Yang betul aku tak bangkang, sokong 70%… cukuplah tu kan memandangkan hati dia macam batu. Mana pergi belas kasihan? Senang ja cakap buat itu, buat ini. Cuba dia kat tempat kita-kita yang insan biasa ni… Mesti dia pun nak protes juga. Mesti dia tak puas hati dengan perangai berlagak sombong tu. Ahh. Pergi mampos muka kau.

-

Sakit kepala melayan tutorial. Bukan semua. Adalah satu subjek yang buat belajar tak se’fun’ dulu. Baru dapat tahu ada satu tutor ni kalau jawapan salah, markah kena tolak. What the f? Dari mula memang aku tak faham metodologi pengajaran dia. Tutorial bukan untuk perbincangan mendalam ke? Kalau salah sila betulkan. Tak nak bagi marks kalau jawapan tak selaras skema jawapan… fine lah. Tapi tolak markah? Seriously? Tension woi!

-

Sekarang baru minggu ke-3. Kepala dah rasa nak pecah. Nafsu shopping/meliar masih membuak-buak tapi tak dapat nak dizahirkan. Kalau keluar pun… mood sekali-sekala melayang ke timbunan buku dan kertas-kertas di bilik. Apakah? Hati memang langsung tak ada masa nak tenang.

-

Semester ni sangat merisaukan. Kepada yang suka memuji melambung-lambung, harap stop. Bukan tak hargai… Bukan tak syukur. Tapi takut jatuh. Takut buat kamu kecewa.

Buat kawan-kawan seperjuangan… TABAHLAH!

20100727

Street Dance [2010]


Street-Dance-Movie-Poster-500x375Aku tengok non-3D version

Street Dance is about street dance (obviously) yang difusion dengan classical dance which is, ballet. Ring a bell anyone? SAVE THE LAST DANCE SANGAT KANNN! Cuma this time latar tempat nya kat Britain.

Usually, I love UK movies but this one is soooo not my cup of tea (bak kata Puan Sithaletchumy).
Dance moves dia tak berapa nak gempak. Step Up lagi best. Fame lagi best. Stomp The Yard lagi best. Tengok So You Think You Can Dance lagi berbaloi lah kot.

Story line dia pun agak lame.

Cerita dia begini. Ada group Jay 2 0. Diaorang try nak menang UK punya dance competition. Kalau menang dapat wakil UK pergi NY. Tapi masalahnya ada another dance crew, The Surge, yang hebat sangat-sangat.

After audition for the competition and lepas untuk ke final, tiba-tiba group leader, Jay, tarik diri and serahkan semua kat Carly, girlfriend Jay. So, Carly ni pun bersungguh-sungguh lah cari tempat rehearse semua and tries very hard kononnya taknak kecewakan Jay.

Datang Helena, salah seorang admin kat ballet school yang sudi nak bagi diaorang guna one of her dancing studios for free dengan syarat kena masukkan ballet students dalam crew diaorang. Eventhough masa mula-mula ballet dancers ni gila berlagak sebab rasa ballet tu darjat sangat tinggi daripada street dance, lama kelamaan diaorang enjoy ber-street dancing (cliche).

Masa dah nak dekat competition ada dance battle. The Surge vs Jay 2 0. Time ni syok lah. Menari punya menari, tengok-tengok, Jay dah join The Surge. Terus Jay 2 0 tukar nama jadi Breaking Point.
At finals, The Surge perform memang terbaik tapi Breaking Point (walaupun permulaan agak hambar) memang crowd’s favourite (cliche lagi). Honestly speaking, I disagree with the crowd. Wakaka’s performance (masa lagu Mad-Ne-Yo) dalam SHOWDOWN 100x lagi best daripada Breaking Point’s moves masa finals.

Kesimpulannya, pada pendapat aku, Street Dance tak best… tapi Ofee suka.

20100721

Versi Saya Sayang FUU II

Fakulti saya ada sambutan Hari Bumi anjuran UN

DSC00006   

Bumi tu saya yang colour tau. Cantik kan? HAHAHA :D

***

Fakulti saya ada Hari Korporat tiap-tiap hari Rabu kena pakai black & white. Kalau semua pakai formal/semi-formal nampak smart sangat-sangat! 

***
Tadi ada orang tu tak pakai black & white lepas tu dia cuak. Tengah sedap acah dia kononnya nanti kena panggil pergi depan kelas lepas tu kena marah dengan Presiden PERUNDANG, tiba-tiba enjin bas mati. Memang berdekak lah kami bertiga di bahagian belakang bas.

TOLONGLAH UKM BELILAH BAS BARU YURAN BUKAN MAIN MAHAL LAGI!

***

20100718

Despicable Me (3D) [2010]

**SPOILER ALERT**
Semalam, akhirnya, aku dapat juga tengok Despicable Me. Thanks kepada Ca yang sanggup beratur sikit punya panjang and tunggu sampai 6.50PM nak tengok cerita tu punya pasal. Nak buat macam mana kan. SOLD OUT semua slot pukul 2PM and 4PM.

Despicable??
‘Despicable’ bermaksud - very unpleasant and evil.
Baru tau tadi lepas cek Oxford Dictionary. hahaha
Tapi memang betullah Gru (watak utama) tu sangat kejam. 


Ada scene awal-awal dia bagi belon kat budak yang tengah nangis sebab aiskrim dia jatuh. Tak sampai 5 saat budak tu happy Gru pecahkan belon tu dengan sengaja. KEJAM!!

despicable_me39

Lepas tu, dia masuk kedai ala-ala Starbucks terus freeze semua orang yang tengah beratur depan dia sebab dia tak nak beratur.

Memang lah tersangat despicable.

Kenapa harus tengok Despicable Me?

despicable_me

Agnes yang comel… serious comel… sangat comel. Alah kauorang mesti dah tengok kecomelan dia dalam trailer masa dia cakap “It’s so fluffy, I could DIE!” Siap boleh ‘Like’ lagi ayat tu! Bak kata Ca, Agnes penyeri Despicable Me.

despicable_me41

Minions yang comel. Macam-macam dia boleh buat contohnya, glow in the dark. Macam neon glow sticks tu. Kena patahkan dulu baru bercahaya.
 despicable_me45

‘Aww moment’ masa Agnes kiss minion after minion bagi dia ‘unicorn’ yang tak serupa unicorn pun sebenarnya… and masa minions minta good night kiss from Gru… and masa Agnes bagi tiket for ballet recital kat Gru… and masa Gru bacakan bedtime story (yang dia tulis sendiri) dekat Margo, Edith, Agnes.

Apa-apa cerita pasal father-daughter(s) relationship memang best (e.g.: Papadom, Brothers&Sisters, Grey’s Anatomy – Meredith/Thatcher, Kick-Ass, etc.)

Kenapa harus tengok Despicable Me (3D)?

Despicable-Me-pic-1

Scene naik roller coaster nampak sangat real. Kalau kauorang fobia tempat tinggi (Acrophobia, Altophobia, Hypsiphobia, Hyposophobia), akan terasa sangat gayat disitu.

I rate this movie…

…4 bintang! Untuk Agnes ja dah dapat 3 bintang sebenarnya. hehe. Kalau nak diikutkan, Toy Story 3 lagi best. So, kalau belum tengok Toy Story 3 baik tengok Toy Story 3. Kalau dah tengok, tengoklah Despicable Me. Persamaan cerita dua ni? Ada patung unicorn :)

20100716

selepas seminggu

aku rindu ah kat kau. kau bukan kesah pun.

aku ajak keluar kau sibuk nak keluar dengan kawan kau kan. eii. terguris hati dan perasaan aku.

kalau keluar dengan aku kau tak payah spend duit sesen pun ok. dapat tengok movie 3D lagi. boleh shopping banyak-banyak.

sebab apa? sebab kita boleh swipe saja. apa guna kad plastik yang abah bagi tu?

tapi kau tak nak kan? tak apa. tak apa. berlagak lah kau dengan elaun RM300 sebulan tu. menyampah. dah lah kedekut. minta belanja pun tak dapat.

alah JPA dah masuk lah hari ni. tak heran lah dengan duit kau.

chop! tiba-tiba teringat. dulu time kecik-kecik aku ajar kau membaca aku belum minta upah lagi. haaa. cepat bayar sekarang! muahahaha!

 

 

*

asyik nak touching dengan adik-adik ja sekarang. apahal ni naima? apahal?

*

 

 

minggu ni penat. plan susun jadual macam nak susun strategi peperangan. sangat berseni. sangat kecewa bila kalah. sangat sakit hati bila ada yang main tipu.

letak sampai dua tiga nama kan kat kertas. baguslah tu. terlalu bijak sampai menyusahkan orang lain. mf.

bersyukur jadual dah lengkap walaupun perjalanan minggu ini tak semudah yang diingini.

oh. tak ada study week this sem. sangat berharap ada gap between papers masa final nanti. insyaAllah, amin.

20100715

anak sulung vs anak bongsu

Tengah sedap-sedap tengok TV tiba-tiba adik lelaki aku umur 7 tahun, N, terjaga dari tidur menangis-nangis.

Sambil-sambil mak aku pujuk aku tanya, apahal budak kecik tu nak melalak. mimpi ngeri ke apa?

Sekali mak aku cakap, tangan dia kebas. duhh.

Aku tak pernah OK nak ngada-ngada macam tu dengan mak aku masa aku 7 tahun. Setakat tangan kebas nak menangis. Apa benda kan?

Sekali aku teringat…

Masa aku 7 tahun aku ada dua orang adik sudah. Seorang 3 tahun, T. Seorang 1 tahun, E. Padanlah aku tak boleh nak ngada-ngada masa tu.

Tak aci betullah anak last.

20100714

Sebab kau adik aku.

Abah texted me few days ago:
"Tadi masa baca doa ada sebut nama E. Lepas tu M mengadu… hari Jumaat lepas dia nangis teringat E sampai tertidur. Dia cakap, hidup dia bahagia masa ada E… tak ada masalah, belajar OK, semua OK. Lepas E tak ada, M cakap, hidup dia asyik menyusahkan orang, belajar pun teruk…”

Sekali baca, sedih. Kesiannya kat kau.

Baca kali kedua, fikir. Aaaah. Mengada ja kau ni.

Fikir dan terus fikir lagi. Memang lah masa ada E hidup kau bahagia, belajar kau OK. Masa tu umur kau 6 tahun and you’re still Abah’s favourite girl.

Now you’re twelve. BM fail. Kajian Tempatan fail. Maths fail. Sirah fail. Muamalat fail. Aku pun tak tau apa yang kau lulus.

Kau melawan cakap Ma, kau melawan cakap Abah, kau tak pernah nak respect aku and abang kau.

Oh ya, kau tercampak juga masa accident tu and you had a concussion. Probably that’s the reason you can’t cope with your studies… but that’s not a reason to not study at all.

Sampai sekarang pun aku rasa memang silap bagi kau phone. Kau bukan reti nak belajar. Yang kau reti, hafal lagu Justin Bieber, tengok music video Justin Bieber, nyanyi lagu Justin Bieber. Patutnya belikan basic phone ja.



Perangai kau yang teruk tu… tak tahu lah nak buat macam mana lagi. Baguslah kau sedar kau suka menyusahkan orang. Hopefully one day kau ubah perangai tu.

By the way, apa khabar ya disana? Tolong jangan kacau bilik aku and barang-barang aku and jangan pakai baju aku sesuka hati please. Aku size S tau. Kau size L.


Oh, well.

Maybe aku patut baca message abah tu sekali sahaja.



[UPDATE 06/10/2011 12:30] Sepatutnya tak payah bagi buat akaun Facebook! Sekarang makin menjadi-jadi perangai!

20100711

Sarefa + Azrul

IMG_0002

P10-07-10_15.08



1. Terima kasih Cuen. Tanpa kau dan kereta Waja ayah kau, tak dapatlah aku nak tengok Chuefa bersanding.

2. Sampai majlis orang tengah berkompang. Nasib sempat tengok Chuefa bersanding. Kira on time lah kitaorang sampai.

3. First reaction bila nampak best friend sendiri atas pelamin, excited. Siap main lambai-lambai. HAHA

4. Masuk rumah letak hadiah atas katil pengantin. Keluar rumah tengok Chuefa atas pelamin lagi. Suddenly it hits me, CHUEFA DAH KAHWIN! Sayu. Nangis. Tengok Cuen. Dia tengah nangis juga. Chuefa panggil nak snap gambar sama-sama. Salam, peluk-peluk, cium-cium, nangis lagi. Kesian dia. Tak pasal-pasal pengapit kena lap-lap air mata pengantin. Rasa bersalah pula rosakkan make-up pengantin. Tapi nak buat macam mana. Perasaan tak terkawal :’(

5. Lepas dah selesai makan beradab, jumpa dia, berbual. Bergambar yang tak seberapa sebab tak ada kamera (dah rosak kan kamera aku :/)

6. Balik dengan berat hati. Tertanya-tanya sendiri… bila lagi lah nak dapat jumpa T_T

* Cerita sikit latarbelakang friendship kitaorang. Mula rapat time form 2 sebab Ofee satu dorm dengan dia. Time tu berlima sekali dengan Aah, Dewi. Lepas tu bertambah; Fifie, Ayong, Cuen. Kitaorang dah feeling macam adik-beradik dah. Chuefa ni kira kaklong kitaorang lah kan. That’s why sedih sangat kot bila dia kahwin. Dah 4 tahun tak jumpa.

Fifie tu pun last jumpa 2004. Now dah lost contact :(

7. Then again, Selamat Pengantin Baru Chuefa. Cepat-cepat dapat anak. Hopefully, we will meet again… soon!

20100710

semakin hampir

Lepas band comp, kitaorang pergi Redbox. Lepas tu pergi CS (bosan asyik pergi CS ja), jalan sampai patah kaki  nak tengok movie duit dah habis karaoke. Ingat nak makan kat J.Co tapi doughnut yang aku nak tak ada pula masa tu. damn. Nak jalan jauh-jauh kaki sakit. Terpaksalah lepak dekat Hard Rock teman Ca makan.

Naik ja bas aku terasa macam kena ketuk kat kepala. Baru perasan, hari Rabu lepas last day aku melawat bandaraya tercinta. Ouh, sedih nak tinggalkan JB for 4 months!! :(


Perasaan aku sekarang ni kan; macam time form 4 nak naik form 5, nak masuk hostel. Seram. Takut. Sebab senior yang macam haram. Senior yang brainwash kitaorang time form 2. Tapi last-last masuk hostel lagi. Kena brainwash lagi.


Memang agak bosan duduk rumah lama-lama tapi tak ada feel nak naik semester.
Rasa tak ready lagi nak menghadapi tahun baru, subjek baru, lecturer baru. Kalau boleh, biar second year ja tak payah naik third year. Tapi nak habis study. Nak dapat degree. Macam mana ek?
Ikut jadual dekat smpweb.ukm.my, Selasa memang penat. Rabu satu kelas ja. Khamis dua kelas. Belum masuk kelas optional paper. Tak termasuk 7 tutorials.

Nak complain lebih-lebih pun segan sebab tak ambil Diploma Syariah Law and Practice (DSLP). Tak dapat bayangkan life budak DSLP. Aku memang tak mampu lah nak ke kelas hari minggu. So, kepada budak-budak DSLP sekalian, I salute you! Kauorang memang hebat.

Whatever pun, good luck untuk semua. Hopefully this year will be better than the last one.


20100708

National Band Competition – Preliminary Round (South Zone)

Semalam (7 Julai) aku pergi SMK Dato’ Jaafar (SDJ) sebab nak tengok band comp. Last year aku tengok dengan kawan-kawan aku. This year aku tengok dengan Ca.

First sekali perform Sekolah Tun Fatimah (STF). Aku sokong team ni - tolong sokongkan untuk Jaja. hahaha. Performance diaorang memang best sebab semua sekata ja, gerak saing, tak ada kesilapan yang ketara. Masa lagu Hatinya Tak Tahan – Noraniza Idris colour guards siap berjoget jawa kat situ memang mantop! Uniform colour guards diaorang pun memang cun! DM ja kot yang tak berapa nak menyerlah.

Second to perform was *drum roll* SIGS. Lagu best. Bohemian Rhapsody, Jai Ho. Seriously, SIGS memang boleh menang sorak. Ramai betul supporters tadi. Time cheer comp hari tu pun ramai. Siap semangat pakai baju biru (termasuklah aku). 

Persembahan ketiga pula from SMK Paduka Tuan. Selama ni aku tengok DM dia Chinese. This year macam Melayu, tak sure. Tapi still, smart. DM Paduka Tuan tak pernah tak smart. Dengan baju all-black dia. Baling mace memang tinggi sangat-sangat dan berjaya sambut  dengan bergaya. Pergerakan band semua pun nampak agak smart dan sharp. Tapi aku rasa tahun 2005 dulu lagi best kot.

Last but not least, SMK Jalan Mengkibol (SJM). Pergh yang ni DM tak kurang hebat. Tapi first throw agak slack di situ. Ada sekali tu tercacak mace atas tanah. Penonton turut kecewa sebab semua ingatkan DM akan dapat sambut. Paling menarik colour guards dia ada 5 different types/patterns of flags. CANTIK! Sekolah lain semua average 2-3 jenis ja.

Tunggu nak dekat sejam gitu, judges semua dah ready, keputusan pun diumumkan.
STF 61.60
SIGS 55.80
Paduka Tuan 39.5
SJM 35.1
(kedudukan sama dengan giliran perform HAHA)
Setakat ni yang dapat masuk final
SMK St. John Kuala Lumpur 79.30
SMK Keat Hwa Kedah 72.20
SMK St.Joseph Sarawak 71.70
SMJK Chung Hwa Wei Sin Terengganu 69.30
SMJK Nan Hwa Perak 66.80
SMK Chung Hwa, Miri Sarawak 65.60
Sekolah Tun Fatimah Johor 61.60
SMK Kwang Hua Selangor 61.20
Kolej Sultan Abdul Hamid Kedah 60.40
SMK St.Joseph, Miri Sarawak 59.30
(NATCOMP)
Congrats to all!

20100706

Zoo Johor

After makan-makan dekat IT Roo Cafe, semua pun dah kenyang tapi hari masih muda. Tak kan nak balik kan? Now, tak tau nak pergi mana. Ada yang nak main basikal. Ada yang nak main bowling, archery. Ada yang nak pergi zoo.

Pening punya pening nak fikir, we decided to let fate decide for us.
Buka purse, keluarkan resit., koyakkan empat bahagian. Keluarkan eyeliner warna navy blue, tulis dengan huruf besar BOWLING, BASIKAL, ARCHERY, ZOO. Ewan yang cabut undi. Dapat ZOO.

Later that day, Cuen bagitau sebenarnya tukang cabut undi tu nak pergi bowling. Too bad tangan tak ong! :P

IMG_0066

Sedih melawat zoo sebab singa, harimau, harimau kumbang, racoon, sibuk tidur. Kangaroo nampak macam mangsa dera. Gajah ada dua ekor ja dua-dua anak gajah, chained dekat kaki and leher. Fox hampir hilang bulu sembunyi dalam tree trunk letak sekali dengan binturung and memerang. Memerang sibuk bergaduh sesama mereka. Hippo sibuk cari food hampir-hampir terkena electric fence. Honey bear seekor dalam kandang isolated T_T

Paling mengerikan tengok ayam jantan ketakutan diletakkan dalam sangkar ular sawa as food. Dia sembunyikan kepala kat dada dia. Rasanya pekerja zoo dah cabutkan bulu kat leher ayam tu. You can see the fear in his eyes. Tapi nak buat macam mana. Cycle of life… Food chain.

Selain tu, adalah binatang-binatang yang OK macam orang utan, chimpanzee, snake, python, capuchin, burung kakak tua, merak. Tapi yang tak OK tu memang buat menitis air mata lah.

20100705

IT Roo @ Jalan Dhoby

IT ROO Cafe
”The Best Chicken Chop in Town”

IMG_0043

IMG_0046
Sirap Bandung Soda

IMG_0048
Grilled Chicken Chop with Mushroom Sauce

20100704

The Star Cheerleading Competition (Southern) 2010


1st Place: Ignite (all boys team from SMKBBU)
1st Runner-up: Vixens (SIGS)
2nd Runner-up: Puppets (SMKBBU – Best Dressed)

IMG_0031 IMG_0032

20100703

bahagia

dulu kawan aku cerita boyfriend dia tak sayang dia. senang ja aku cakap, jangan paranoid.

dulu kawan aku cakap boyfriend dia penipu lah, ada perempuan lain lah, apa lah. senang ja aku cakap, cari lain.

aku bukan nak cakap apa la. benda yang dulu-dulu aku cakap kat kawan tu, datang dari aku yang zero experience. tu yang aku main sembur suka hati aku. yang aku tau, aku nak member aku happy sentiasa. so, sorry kepada kawan aku tu sebab dah terbagi advice yang salah. yang aku cakap “jangan paranoid” sekarang dah jadi ex. yang aku suruh “cari lain” kekal sampai sekarang. sorry sangat-sangat babe!

ada orang cakap aku ni poyo ja bahagia padahal tak bahagia pun. eh eh eh. bestnya statement kan. padahal aku tak ada cakap kat mana-mana “kitaorang lah pasangan bahagia”. tiba ja.

comelnya awak cakap macam tu. kita tau lah awak terlampau bahagia dengan kesayangan awak tu. tak pernah gaduh kan kauorang? sweet lah tu ek? sweetnyaaaaa. terus kena kencing manis bila tengok gambar kauorang peluk-peluk, keluar-keluar lidah bagai. sweet sangat. ;;)

kalau nak berlakon bahagia, tak ada aku gaduh depan orang lain.

kalau nak budget happy couple, tak ada aku maki hamun kat blog/Facebook/Twitter.

kalau nak perasan sweet (macam kauorang), tak ada nya sampai 10 ribu kali break setahun.

kalau ada orang ngadu pasal relationship, dengar baik-baik. kalau dia minta pendapat, bagi… tapi tak payah pressure orang tu suruh ikut apa yang kita cakap. bukan kita yang dalam relationship tu. kita tak tau tukang ngadu tu layan the other person macam mana. diaorang berdua ja yang tau apa yang berlaku. tak payah nak cakap ikut sedap mulut sendiri ja. consider la hati perasaan orang lain.

janganlah cepat sangat pass judgement. every relationships have their own problems ok. kau jangan nampak sekilas terus kau letak komen buat conclusion sendiri.

aku tau kau pun ada problem juga cuma aku tak kecoh ja. tak ada nak tiba-tiba tulis kat wall siapa-siapa, kat gambar siapa-siapa ke cakap kauorang poyo bahagia. ada aku buat macam tu? tak adaaaa.

biasalah orang komen sana sini pasal relationship orang lain kan. aku pun buat juga kadang-kadang. kauorang nak ngumpat suka hati ah. tapi tak payah nak canang seluruh pelusuk dunia macam kauorang tahu everything.

dasar agas. culture shock. baru merasa sekali kan dapat couple macam tu? tu yang excited terlebih nak tunjukkan rasa cinta membuak-buak dalam dada. gelabah nak mampos kau minah!

20100702

ibu dan anak

ahad 27062010

6.45PM:

bila nak balik?

8.30PM:

sebelum pukul 10PM akak balik.

10PM:

*masih dalam bas*

10.15PM:

*sampai rumah*

dah lebih pukul 10PM dah ni.

akak cakap sebelum 10PM akak naik bas. bukan sebelum 10PM sampai rumah. hehe

 

rabu 30062010

7.30AM:

M bawa kunci tak?

bawa. ada basuh kain tadi.

ok. nanti akak jemur.

9.43AM:

*naik cab* taman bukit mewah pakcik.

5.45PM:

akak tidur rumah kawan akak tau. esok akak balik.

yelah. take care. be a good girl.

ok. i will.

 

khamis 01072010

8.30PM:

sabtu ni akak nak pergi tengok cheer kat Danga City Mall tau

asyik keluar ja

alaaaa. takpe lah. cuti nak habis dah :(

*hahahaha* :D

 

 

selalu macam ni tau. dah nak naik semester banyak gila benda nak buat, event nak pergi, movie nak tengok, orang nak jumpa. damn!