20100512

hati saya di sini

habiskan masa dengan siram pokok bunga. buang rumpai. sapu laman. jemur kain. lipat kain. basuh pinggan. jerang air. tengok anak kucing tidur depan rumah. tengok anak jiran rambut curly.

pokok bunga ros yang tak pernah berbunga tiba-tiba ada bunga warna merah jambu. hebat tak hebat? paling rasa hebat bila abah cakap terima kasih sebab letakkan baja dekat pokok-pokok dalam pasu depan rumah :D

kalau bosan sangat menghadap pokok bunga dan tahi kucing, naik bas Causeway Link 10B or MAJU 201 pergi bandar. jalan-jalan area Jalan Dhoby tu best tengok kedai-kedai lama. kalau ada duit lebih sikit masuk City Square area ‘inner city’ shopping sedikit sebanyak.

last week tiga kali pergi City Square. tak termuntah pulak tengok bandar tu. eh. actually tak rasa nak muntah sebab JB best. sebusuk-busuk tempat pun, kalau dah memang dekat situ kita membesar, itulah yang kita sayang. lagipun this week dan seterusnya aku tak pergi dah. kawan-kawan busy kerja.

selalu dengar orang complain sekarang CS tak best. banyak budak sekolah. bla bla bla. alah alah diaorang ni macam time sekolah dulu tak pergi CS pakai baju sekolah. macam tak lepak sana every week kan dulu-dulu. nak pergi CS senang naik bas terus sampai lagi-lagi yang sekolah area bandar. budak sekolah mana ada kereta. bagi lah can.

aku ni pun pergi CS sebab tak ada kereta and… for the memories :) best sebenarnya tengok budak-budak sekolah. mengimbau kenangan silam. sambil-sambil tu mengutuk dalam hati. haha. bukan lah semua. tapi ada lah seorang dua yang berlagak konon pandai sangat lah kan berbual lebih. rasa macam nak menyampuk cakap ‘bukan kau seorang ja yang tak tuisyen tapi score time exam’ and then tunjuk segala slip result yang ada. makanya next time pergi CS kena bawa file sekolah.

*

baru lepas habis tengok Gossip Girl Season 3 Episode 21 ‘Ex-Husbands and Wives’. apa masalah diaorang ni makin pening kepala dibuatnya. but it’s soo addictive. cannot wait for next episode.

Post a Comment