20100522

denial

aku tau aku sakit. tapi aku tak nak mengaku. sebab aku tak adalah sakit sangat. pening kepala ja. sakit tekak ja. hidung tersumbat ja. panas dalam and muntah-muntah ja. apalah sangat kan.

still boleh berjalan. still boleh bershopping. karaoke tak boleh lah. tapi sight seeing still boleh kan? macam tak pernah pergi KL. haha.

semalam selamat dah hantar adik aku pergi CFS UIA, PJ. level 4 bilik dia. senoneng kepala aku angkatkan barang. nak suruh abah, gout... ma tak ikut sebab adik-adik lain sekolah. tinggal lah aku saja. nasib baik barang-barang dia tak banyak macam barang aku.

dah empat hari ni aku demam... actually aku takut nak pergi check. kalau demam aku bukan setakat demam macam mana? tapi tengok simptom, aku punya body temperature tak sampai 38 pun. mustahil lah kan? kan?

aku tak nak mati sekarang :(
Post a Comment