20100528

hipokrit

malam tadi memang suwey betullah mimpi entah apa-apa. ada ke patut nak kahwin kena pergi kelas and then ada something to do with hockey and then mak andam tahap bila-bila masa boleh mati pasal sakit tua make-up entah apa-apa last-last aku make-up sendiri.

eh benci lah mimpi pasal kahwin-kahwin ni.

 IMG_0128 IMG_0132IMG_0141 IMG_0164

aku benci bila aku kena berlakon. contoh: buat-buat suka something yang aku tak suka. eh. bukan tak suka. tapi BENCI. serius benci.

dah ada sendiri punya kesayangan tak payahlah nak bersayang-sayang-sayang sampai melayang-layang dengan orang lain. gatal ea awak?

20100527

Colours of 1Malaysia – CITRA WARNA 2010

IMG_0025IMG_0028IMG_0114IMG_0112IMG_0119

‘Malaysia Truly Asia’

Favourite dance: Peacock Dance (Indian Traditional Dance)

In 2002 some of my friends performed during CITRA WARNA. but that was then. In the recent event, only students from schools around KL/Selangor get to perform. I think because it’s easier for participants to practice and more cost efficient for the organizers that way.

-

I want to empty my room and buy a new bedroom set. I need more money.

20100526

KICK-ASS [2010]



this movie rocksss!

20100525

One at a time

IMG_0004IMG_0002

he’s happy alright!

IMG_0007 IMG_0008IMG_0010

view from Masjid Jamek Aliran Ampang LRT Station

20100522

denial

aku tau aku sakit. tapi aku tak nak mengaku. sebab aku tak adalah sakit sangat. pening kepala ja. sakit tekak ja. hidung tersumbat ja. panas dalam and muntah-muntah ja. apalah sangat kan.

still boleh berjalan. still boleh bershopping. karaoke tak boleh lah. tapi sight seeing still boleh kan? macam tak pernah pergi KL. haha.

semalam selamat dah hantar adik aku pergi CFS UIA, PJ. level 4 bilik dia. senoneng kepala aku angkatkan barang. nak suruh abah, gout... ma tak ikut sebab adik-adik lain sekolah. tinggal lah aku saja. nasib baik barang-barang dia tak banyak macam barang aku.

dah empat hari ni aku demam... actually aku takut nak pergi check. kalau demam aku bukan setakat demam macam mana? tapi tengok simptom, aku punya body temperature tak sampai 38 pun. mustahil lah kan? kan?

aku tak nak mati sekarang :(

20100520

Picnic @ Istana Garden

Last friday, (yeah i know so yesterday punya cerita ni) aku pergi picnic dengan Cukue, Cuen, Dbout, and Cubi dekat Istana Garden.

P04-06-10_15.31

Aku telah dengan sukarela nya masak drummets and tempura nuggets. Kinda amazing sebab kat rumah dah lama gila aku tak menggoreng. Nasib baik masak, means tak ada yang berdarah-darah tu semua.
Aku, Cukue, Cubi satu kereta. So kitaorang sampai paling awal. Nak cari spot lepak tu punyalah susah. Lima kali kot berpindah randah. Ada semut lah, panas lah, apa lah. Last-last settle. Duduk. Makan. nom nom nom.

Tiba Cuen, bawa tembikai sebiji! Adeh. Tak menahan minah ni. Tak tau nak cakap apa. Lepas tu tunggu lah si Dbout si pembawa air. Masing-masing kehausan sudah. Air yang Cuen bawa pun dah habis.

Tunggu punya tunggu, air hujan yang sampai dulu. Mencurah-curah siap dengan guruh petir bagai. Berlari-lari anak sambil bawak barang bapak berat (sebiji tembikai ya kawan-kawan) ke tempat teduh. Adalah dalam 50m.

IMG_0036KEBUN BUNGA J.B
Sudahnya, hujan stop kitaorang pun kemas barang. Nak gerak masa hujan takut kena sambar petir. Tiba-tiba Dbout call ke apa entah cakap dia baru nak gerak.

Dah almost 4 jam kat situ barulah si Dbout sampai. Alhamdulillah. Kisahnya dia tertinggal phone kat rumah. Haish. Dugaan. Tapi yang bagusnya, dia siap beli Spritzer sebagaimana pesanan aku dekat Facebook semalamnya. Wah! Kawan yang efisyen walaupun pelupa. Dia dapat duduk ja terus cari food. Lapar sungguh minah ni. Kepenatan barangkali ulang-alik kesana-sini uruskan hal family dulu baru berpicnic.

 IMG_0074
Dbout, Cubi, Cuku, Cuen 

Selesai semua urusan (read: gossip), kami pun bergerak pulang kepangkuan keluarga masing-masing sambil mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke tempat parking. Masing-masing bawa kamera seorang sebiji. Malangnya kamera Cubi telah terkena sumpahan Istana gara-gara salah seorang dari ahli picnic telah membuat onar di tanah Istana (siapalah tu agaknya). Terus rosak memory card. Misteri nusantara sungguh. Apa-apa pun, we had joy we had fun we had season in the sun (and rain).

20100519

aku psycho.

aku terasa lah. walaupun aku tak buat. aku terasa.

orang cakap “jangan sentap tak pasal-pasal” tapi… entah. terasa.

now aku yang kena blame.

*sigh*

aku yang kena label psycho pasal something yang aku tak buat.

double *sigh*

padahal aku tak mendorong siapa-siapa untuk mendelete siapa-siapa yang lain daripada friend list siapa-siapa tersebut.

sumpah demi ALLAH aku tak buat. aku marah adalah bila dia buat macam tu.

kan kecik hati delete-delete orang yang kita kenal and memang/pernah jadi kawan/contact.

kalau aku… aku kecik hati.

ni lah masalah dengan social networking ni.

salah satu reason relationship terganggu.

and sekarang ni dia hilang entah kemana.

esok aku pergi KL. hari ni aku demam. aku demam dua kali setahun and sangat teruk. kepala aku pening dan bertambah pening dengan isu ni.

F! :(

20100518

aluminium / coffee / maya / wine

Jumaat depan dah nak pergi sambung belajar. adik aku relax ja. kitaorang yang naik risau sebab dia macam tak prepare for test arab semua tu.

aku tak tau kenapa tapi nanti aku ikut sekali abah hantar dia. macam bosan ja. i am hoping abah ada meet-up dengan kawan-kawan sekolah dia kat KL and aku boleh jalan-jalan sendiri. hahaha. ok rindu KL tak tipu sebab boleh jalan banyak tempat and banyak public transportation.

by the way, celebrate birthday adik aku yang ke18 + dia lulus driving test + dia nak pergi university dekat Aeon Tebrau City last Saturday. pastu something unfortunate happened (totally unrelated with the celebration or my family). aku macam stress gila so, pergi borong eye shadow and masks kat elianto. hahaha.

P15-05-10_23.12

tak suka pun elianto sebenarnya. i hate the concealer. it doesn’t work for me. i hate the eye shadows. but i bought it because it’s the cheapest i can find. kalau aku tak tension aku tak beli. nak hilangkan stress punya pasal aku beli all these stuff. other than books, beauty products ease my mind. that’s why if aku tension kat dalam shopping complex aku pergi bookstore or watson.

how about you? how do you cope with stress??

 

 

p/s: OMG ada jerawat kat pipi. kejadian yang sangat rare. harus direkodkan. (saja nak gebang sebab jarang ada jerawat. HAHA :P)

20100517

Ibasyo *

i think he sings like a girl LOL

+

dua

Gossip Girl Season 3

empat 

Glee

satu

Brothers and Sisters Season 4

Episode 23 was heartbreaking :’(

tiga

Grey’s Anatomy Season 6

&&

Inglourious Basterds (2009)

surprisingly, i love it. Quentin Tarantino has certainly done a good job.

 

* the physical and emotional space where a people exist. inner-peace of the people.

20100516

Tagged by Ili

it's harder than it looks

copy to your own notes

erase my answer

enter yours and tag twenty (20) people

use the first letter of your name to answer each of the following questions..

they have to be real

nothing made up

if the person before you had the same first initial, you must use different answer

you cannot use any words twice and

you can't use your name for the boy / girl name question.

What is your name : Nadhirah

A four letter word : Nose

A boy's name : Nate

A girl's name : Norah

An occupation : Nurse

A colour : Neon

Something you wear : Nametag

A food : Nachos

Something found in the bathroom : Naked person (HAH!)

A place : Newcastle Upon Tyne 

A reason to being late : Nervous (??)

Something you shout : No!

A movie title : Nick and Norah’s Infinite Playlist

Something you drink : Nescafe

A musical group : No Doubt

An animal : Newt

A street name : Nottingham Street

A type of car : Nissan Sentra

tagging nobody

* i think i’ve done this before but i’m just too bored to not do it again.

20100512

hati saya di sini

habiskan masa dengan siram pokok bunga. buang rumpai. sapu laman. jemur kain. lipat kain. basuh pinggan. jerang air. tengok anak kucing tidur depan rumah. tengok anak jiran rambut curly.

pokok bunga ros yang tak pernah berbunga tiba-tiba ada bunga warna merah jambu. hebat tak hebat? paling rasa hebat bila abah cakap terima kasih sebab letakkan baja dekat pokok-pokok dalam pasu depan rumah :D

kalau bosan sangat menghadap pokok bunga dan tahi kucing, naik bas Causeway Link 10B or MAJU 201 pergi bandar. jalan-jalan area Jalan Dhoby tu best tengok kedai-kedai lama. kalau ada duit lebih sikit masuk City Square area ‘inner city’ shopping sedikit sebanyak.

last week tiga kali pergi City Square. tak termuntah pulak tengok bandar tu. eh. actually tak rasa nak muntah sebab JB best. sebusuk-busuk tempat pun, kalau dah memang dekat situ kita membesar, itulah yang kita sayang. lagipun this week dan seterusnya aku tak pergi dah. kawan-kawan busy kerja.

selalu dengar orang complain sekarang CS tak best. banyak budak sekolah. bla bla bla. alah alah diaorang ni macam time sekolah dulu tak pergi CS pakai baju sekolah. macam tak lepak sana every week kan dulu-dulu. nak pergi CS senang naik bas terus sampai lagi-lagi yang sekolah area bandar. budak sekolah mana ada kereta. bagi lah can.

aku ni pun pergi CS sebab tak ada kereta and… for the memories :) best sebenarnya tengok budak-budak sekolah. mengimbau kenangan silam. sambil-sambil tu mengutuk dalam hati. haha. bukan lah semua. tapi ada lah seorang dua yang berlagak konon pandai sangat lah kan berbual lebih. rasa macam nak menyampuk cakap ‘bukan kau seorang ja yang tak tuisyen tapi score time exam’ and then tunjuk segala slip result yang ada. makanya next time pergi CS kena bawa file sekolah.

*

baru lepas habis tengok Gossip Girl Season 3 Episode 21 ‘Ex-Husbands and Wives’. apa masalah diaorang ni makin pening kepala dibuatnya. but it’s soo addictive. cannot wait for next episode.

20100509

Iron Man 2 [2010]

SCARLETT JO GILA HOTT!!! untung lah husband dia. isy.

Scarlett Jo Iron Man 2

ni scene masa dia belasah semua guards. HOTNESS! but, aku masih rasa iklan dia for MNG tu paling hot. aku lagi suka dia blonde heee ;)

and Iron Man 2 best lah jugak kot. aku tak tengok dari mula and aku tak pernah tengok movie first so… bagi aku, bestlah. tapi, kalau The Losers awal sikit semalam memang aku pilih The Losers.

one thing yang aku curious pasal cerita-cerita macam Iron Man ni, Ultraman, Spiderman etc. siapa yang pay for all the destruction sebenarnya? siapa yang bayar compensation kalau  harta benda orang awam rosak? memang villain yang salah tapi kalau villain mati adil ke family dia yang kena tanggung hutang berjuta-juta?
sekian persoalan hari ini. ok, bye bye, Selamat Hari Ibu :)

p/s: last night was awesome :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

20100508

Benar Salahku - Nitrus

just wanna share this lovely lyrics. special thanks to Miasuraya sebab bagitahu ada lagu ni kat 4shared after puas i google tapi tak jumpa. hehe.

sifatmu nyata padaku
sifatku cermin dirimu
serupa namun berbeza
segala ada pada kita

takdir yang sudah temukan
suratan atas pilihan
siapa itu kau harus tahu
siapakah kan membahagiakanmu
lantas mewarnai duniamu
dan sebelum kau setuju
kau perlu tahu ini salahku
memang benar benar salahku

harusku terus memburu
izinku curat* kasihmu
untukmu jua untukku
ku impi izinnya begitu

jika cinta bukan pilihan
jika rasa itu hanya usikan
jika rindu hanya bertamu
kurelakan ia berlalu
kerna ku tahu terlewatnya ku
benarkah terlewatnya bagimu
dan aku tahu ini salahku
memang benar benar salahku

maafkan
maafkanlah segala perasaan
yang mungkin saja kan mendampingmu
mungkin dia sahaja yang tahu
dan jika benar-benar bererti
katakanlah lafazmu terakhir
katakanlah-nya setulus hati
aku kan relakan kau pergi
maafkan aku dan aku pergi

*curat=curi

rasanya lagu ni pasal someone yang terlambat confess his love. perempuan tu dah penat tunggu last-last dia settle with a new guy. tapi jahat kan sebenarnya. kesian lah kat that new guy. memanglah someone ni mengaku salah dia tapi… perlu ke dia suruh perempuan tu fikir balik semua? kalau tiba-tiba perempuan tu doubt everything? eiii kejamnya buat orang confuse macam ni! teringat conflict Finn – Meredith – Derek (Grey’s Anatomy).

tiba kan nak emo pasal lirik lagu. haha. tapi lagu ni best.

enjoy your weekend people! :)

20100507

MALU!

service telecenter celcom dekat area BBU yang sebelah Bank Islam tu gila slow. kalau nak buat payment tu tak payah pergi sana ok internet kat rumah aku 10x laju daripada broadband celcom kat situ. nak bayar bil sampai setengah jam kalau pergi telecenter kat Jusco tak sampai 5 minit siap.

lepas habis tu cepat-cepat pergi kat kereta abah dah tunggu lama so terus bukak pintu tiba-tiba “AAAAAAAAAAAAAAAA!!”. ada seorang perempuan tidak dikenali dekat seat belakang tengah menonggeng. cepat-cepat aku tutup pintu tengok nombor plet.

@_@

salah kereta rupanya memalukan cepat-cepat lari ke arah Bank Islam sambil call abah and then call Muhammad sebab abah tak pick-up. diaorang dah kat RHB. isy isy. malu betul lah. nak kata sama jenis tak juga. colour pun lain. macam mana aku boleh tersilap ni? gelabah betul lah hidup.

and then pergi Danga City Mall. pergh macam haunted house gila babi. seriously depressing nak mampos. tapi esok pasti tak depressing ada konsert jelajah apa benda entah yang ada Ella and Faizal Tahir tu. tapi macam aneh buat dalam shopping complex. hmm.

benda yang paling best hari ni; jumpa mask yang beli kat Times Square hari tu dekat Guardian and it’s selling for RM16.90 a box. satu kotak 2 packet ja pulak tu aku beli 5 RM10!!!! boleh buat bisnes ni jual mask. HAHAHAHAHAHHAHAHAHA. macam setan.

and and… aku baru tahu ada train KTM berhenti dekat Danga City Mall ok. gila jakun!!!!

20100506

SNUFFLEUPAGUS

i’m an addict and my current fix is tv series (read: Gossip Girl, Glee, Accidentally in Purpose, Brothers & Sisters, Grey’s Anatomy).

but i will always love Sesame Street. well, who doesn’t? agak terhutang budi juga lah sebab dari situ aku belajar ABC 123 and how to read before i was 4. unfortunately, aku tak ada pengalaman bertadika sebab mak aku rasa kalau dah pandai baca and mengira yang basic-basic tu membazir masuk tadika... ye tak?

jealous kot kadang-kadang tengok gambar adik-adik and kawan-kawan graduate from tadika macam… aku tak pernah grad. sob. sob. ada persembahan lagi… menari lah… choir lah… tak pernah merasa pakai uniform cute macam baju sailormoon punya. oh banyaknya tak pernah.

*

anak snuffleupagus ni comel gila kan.

20100505

Sunny Sunday

30520_115957051772125_100000734924678_133760_555867_n30520_115961328438364_100000734924678_133793_4428228_n

20100504

MATI!

sekarang tak tau mana lagi menyakitkan memeritkan dan merunsingkan.

tak ada air

or

tak ada elektrik

yang penting it has been almost 24hours tanpa elektrik and internet saya rasai bagai nak gila ok tak dapat online. tension.

tambah gila sebab tak dapat spy on someone. hmm.

ni pun menumpang kat rumah pakcik.

tension! sekian, terima kasih.

20100501

adikku sayang!

i wrote (typed?) a long and winding story about how much i love my brother and i would do anything for him, our childhood stories and adventures and fights, etc. tapi aku rasa lemas pulak bila baca balik sebab tak habis-habis. semua benda nak cerita so last-last aku delete.

to summarize the previous ‘essay’, dia adik yang paling aku sayang kot. sampai kadang-kadang aku rasa adik-adik aku yang lain tu menyebok ja. gila kejam tapi betul sebab kehidupan aku masa ada adik seorang sahaja sangat bahagia… mainan aku tak hilang. story books aku tak rosak. katil and bilik aku punya seorang. sekarang kena share. tak suka :(

last month abah message tanya pasal Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian yang baru bukak last year and ada tak sampai 100 orang pun register sebab adik aku dapat sana. truth be told, aku tak pernah tahu pun benda tu wujud. lepas tu i was really-rellay worried about his future and sangat-sangat berharap & berdoa, unlike mine, his UPU application will be approved.

and finally, today, the results are out.

guess what… my prayers has been answered. thank God!!! plus… dia dapat UIA/IIUM PJ. this means i can be near him and this way, i can always watch over him. lagipun ada cousin kitaorang yang tua setahun daripada dia tengah study course yang sama. baguslah ada guidance.

sangat risau dia culture shock ke apa. macam bodoh kan nanti. i don’t wanna lose my little brother to this evil world. the 'so-called ‘urban life’ in KL can be tempting for certain people. harap-harap iman dia tak senipis tracing paper.

selagi dia belum ada lesen kereta ni maybe aku boleh ajak dia keluar dengan aku kalau aku bosan and teach him how to go here and there using public transport. nanti, insyaAllah, bila dia dah ada lesen and dah ada kereta, he’ll be my driver >:)

wicked sister i am. but i love him to bits. congratulations Muhammad! i am sooo looking forward to bring you jalan-jalan shopping-shopping together-gether just me and you brother sister time. and kalau dia tak nak i can always force him :D