20100420

Old Girls

masa pergi open house rumah TNC HEPA hari tu berkesempatan berbual dengan seorang senior SIGS tahun 80an.

banyak juga benda yang makcik tu share yang aku tak pernah tau.

dulu-dulu ada baptise kat hostel. seniors buat after orientation. diaorang akan pilih one night yang warden tak ada untuk buat benda alah ni. antara benda yang freshies kena buat:
  1. pakai baju paling cantik yang diaorang ada
  2. beratur, lalu depan dorm, makan sesudu campuran rempah ratus kicap cuka etc. senior akan tanya “sedap ke tak?”. kalau cakap tak sedap kena makan satu sudu lagi.
  3. crawl dari dining room (ni kat hostel 2 – hostel junior) sampai ke padang. adalah dalam 100m kot.
  4. sambil-sambil tu kena baling dengan air lumpur
  5. muka kena conteng dengan warna kuning, hijau, merah
kiranya, after baptised ni official jadi budak hostel. diiktiraf gitu.

lepas tu masuklah cerita pasal Encik Jeyaram, cikgu yang rasa-rasanya paling lama berkhidmat kat SIGS. dulu dia sangat pemalu. mengajar subjek sains yang ada bab pembiakan wanita. har har har. tak boleh blah.
masa zaman aku dia ajar matematik. dia garang yang agak lawak sebenarnya. kalau budak tak siap homework dia suruh terjun bangunan, keluar kelas. tapi bila budak tu keluar kelas dia marah and then dia tanya balik, “siapa suruh keluar kelas?”. OMG. sabar ja lah kan.

cikgu kesayangan semua. tahun 2005 baru bersara. memang meriah betul sambutan untuk dia. huhuhu

then, dia cerita pasal Sultan Johor sekarang. masa zaman makcik tu, Tuanku selalu bawa helicopter, landing dekat padang SIGS sekejap lepas tu balik. SIGS ni kedudukan bangunan dia mengelilingi padang. maka, haruslah semua students keluar kelas nak tengok Tuanku. “handsome, muka merah-merah”, kata makcik tersebut dengan agak excited. cikgu-cikgu pula tak boleh nak buat apa lah kan. tak kan nak marah kot.

dia cakap dulu budak-budak band memang terkenal sebab gaya hidup bebas diaorang. tapi aku rasa sekarang ni kat SIGS tu tak kira lah budak band ke, budak sains ke, prefects ke, budak sports ke, sama ja!
kesimpulan daripada entry ini adalah; aku rindu sekolah dan isi-isi sekolah semasa aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

sigsAlumni SIGS :)
Post a Comment