20100415

“Sesungguhnya, Saya Anak Johor!”

secara tiba-tiba teringat senaman pagi masa camping kat Kulim, Kedah itu hari. FYI, tu adalah antara ayat-ayat yang kitaorang kena sebut masa latihan vokal public speaking.

kitaorang kena senam sambil nyanyi lagu rakyat. sambil-sambil picit bahu kawan nyanyi lagu ‘injit, injit semut… siapa sakit naik atas, YO!’. ok ada ‘YO'!’ disitu tak tahu apa motif tapi, layan saja. apa lagi ek? ada nyanyi lagu ‘lenggang kangkung’ kalau tak silap tapi tak ingat part mana. ‘jong jong inai’ pun ada.

and untuk latihan pernafasan (biar boleh tahan nafas lama-lama) kitaorang diajar untuk keluarkan suara dari dalam yang kena control diaphragm semua tu (sumpah tak reti buat). budak-budak lelaki bukan main lagi keluarkan suara tapi bukan guna teknik yang dia ajar tu. menganjing lebih. haha

ada one part tu kena tutup mulut rapat-rapat and ketawa terbahak-bahak. bayangkan pagi-pagi bangun blur-blur tiba-tiba kena ketawa terbahak-bahak. motif? last-last aku cuma pandang muka ofee. ofee pandang muka aku. masing-masing puzzled. and time tu lah baru ada feeling nak gelak tengok instructor bersungguh-sungguh ketawa terbahak-bahak sambil pekup mulut pakai tangan. gila lawak.

aku buat kesimpulan semua speaker kat sana jenis sepesen. cakap nak stress ja sampai timbul semua urat kat kepala. kalau boleh meletup, meletup kot salur darah masing-masing. pastu air liur kalau tak tempias tak sah. nampak air mencurah-curah keluar dari mulut bila bercakap di terik panas lepas habis senaman pagi. kesian siapa duduk depan sekali mesti fobia. lepas ada ucapan/ceramah/syarahan confirm rasa nak berendam dalam sungai lama-lama.

tujuan aku menulis adalah untuk menghilangkan kekecewaan kerana sesungguhnya, aku stress sebab salah jawab soalan faraid semalam.

Post a Comment