20100430

A woman will make someone suffer if they reject her.

the title of this entry got nothing to do with me. it just explains the words below.

"Heav'n has no Rage, like Love to Hatred turn'd, Nor Hell a Fury, like a Woman scorn'd."

- William Congreve play The Mourning Bride (Act III Scene 2)

BENTUK-BENTUK PENULISAN, was quite tough. three essays in one and a half hour. no extra time for preparation. got word limits some more.

ada one question ni dia bagi kaedah menulis and suruh choose either one and write pasal topik apa-apa pun ikut kaedah tu. ada lebih kurang 10 yang di ajar dalam kelas. yang keluar tiga. analogi, deskriptif, klasifikasi. aku pilih analogi. and tulis pasal cinta. feeling macam tengah tulis blog tapi kena tak lebih daripada 400 words. leceh.

and question kat bahagian B pasal faktor-faktor perceraian di Malaysia. dia bagi petikan. tinggal nak elaborate.

    1. Kuala Lumpur & Selangor – suami tidak membawa pulang wang yang mencukupi
    2. Johor & Penang – masalah ekonomi rumahtangga
    3. Kelantan – kadar poligami tinggi
    4. kehadiran orang ketiga
    5. masalah komunikasi
    6. isteri berkerja sepenuh masa

nak menulis panjang-panjang memang best. tapi limit 500 words. adeh. terpaksa tulis dengan berjaga-jaga sepanjang masa sambil tengok jam setiap 30 saat.

so, kepada siapa-siapa yang nak take this U2 subject, kalau rajin silakan. seriously kena focus in class sebab dia tak bagi notes. kena salin sendiri. tapi aku ada notes mintak kat senior. ngeh. and one more thing, kena rajin menulis, membaca. penat -.-‘

20100428

hell has no wrath like a woman scorned

someone that i trusted lied to me. i was furious! i know i didn’t handled it well. obviously, i was very childish. but trust is like virginity. once you lose it, you’ll never get it back.

2 hours more to go until my last law paper for this semester.

…to be continued.

20100427

NostalgiARCH Architectural Portfolio Review

by UTM’s architecture students, 24-25 April 2010
CIMG2351CIMG2363CIMG2367CIMG2372CIMG2378CIMG2379CIMG2390
CIMG2394CIMG2399CIMG2408CIMG2412
p/s: dah potong rambut weekend lepas :)

20100426

Painting is so poetic, while sculpture is more logical and scientific – Damien Hirst

there’s always a first time for everything. sabtu lepas banyak betul ‘first time’.

first time pergi architecture exhibition. first time jejak kaki ke UTM, KL.

CIMG2352

and then… first time masuk Galeri Seni PETRONAS kat KLCC. ingat kena bayar ke apa kan. gila batak kan. hahaha. masuk pun teragak-agak sebab kena panggil dengan receptionist. ingatkan nak apa rupanya suruh register ja. heks. malu i.

masa tu ada Sony World Photography Awards Global Tour 2009/2010 and…

DSC00880

sangat best Sony Photography Award tu. pergilah tengok. pergilah. pergilah. if you love arts & photography, you’ll love it. ada lah curi-curi ambil gambar sikit…

DSC00867

gambar atas ni menang category advertorial. kalau tengok betul-betul ada surfer kat atas tu and ada ‘Bob Marleys’ kat dalam laut. cara kan gambar ni. and photographer gambar ni memang specialised in gambar-gambar surfing. hebat. hebat.

expressing the mundane tu pun best.

 DSC00874DSC00875DSC00876
Zulkifli Yusoff
Hikayat Malim Dewa - “Itulah Tandanya Hari Nak Siang”
2003

i have decided to stop blogging about my relationship because it seems too messy now *hate* thank you.

20100424

selamat tidur

semoga mimpi-mimpi indah malam ni.
dan kalau tak boleh tidur…


"Ya Allah telah pudar cahaya bintang dan semua mata telah berhenti melihatnya, Ya Allah Engkau hidup berdiri sendiri tidak pernah ngantuk dan tidak pernah tidur, Ya Allah Tuhan yang hidup berdiri sendiri hadiahkanlah malam ini untuk kunikmati dan pejamkanlah mataku."

taken from: Mari Berdo’a

20100422

A Billion watts

been planning to hang out with friends during no-exam week. finally, got a chance to do it yesterday. yeay!

it started off with “naima dah 10.30AM!!” wake-up alert from my room mate a.k.a ex-school mate, nanie. dia sudah siap mandi mau make-up buat rambut semua maa. i baru bangun tidur lepak-lepak pilih nak pakai baju apa -_-

destination: Berjaya Times Square

DSC00833makan time

tiba-tiba si ofee rasa nak tengok movie so we watched When in Rome. i would say, kalau tengok kat skrin 14” pun dah cukup puas hati.

and then jalan-jalan terjumpa this one shop selling things in packets. 5 RM10. 3 RM10. 1 box RM10. ingatkan apa benda lah yang murah bebenar ni. bila tanya sales girl rupanya masks. so i bought semua-semua. shared some with ofee. ada one mask ni kalau pakai guarantee putih cepat. we’ll see. and ada one mask tinggal one packet ja tapi dia punya essence ada letak sake. sales girl tu agak memaksa jugalah suruh kitaorang buy that one sebab tu yang paling laris means mesti baik punyaa. persoalannya, boleh ke kalau letak sake kat muka? *answers please.

our plan took an unexpected turn yesterday and, fortunately, it was a good one. boyfriend nanie picked us up and bawa pergi jalan-jalan to i-City. secara tiba-tiba sangat tidak dirancang rasa macam nak sujud syukur :D

CIMG2239CIMG2326CIMG2277CIMG2274

thanks nanie and fendi. thanks ofee. boleh study tort dengan tenang sekarang :)

20100420

Old Girls

masa pergi open house rumah TNC HEPA hari tu berkesempatan berbual dengan seorang senior SIGS tahun 80an.

banyak juga benda yang makcik tu share yang aku tak pernah tau.

dulu-dulu ada baptise kat hostel. seniors buat after orientation. diaorang akan pilih one night yang warden tak ada untuk buat benda alah ni. antara benda yang freshies kena buat:
  1. pakai baju paling cantik yang diaorang ada
  2. beratur, lalu depan dorm, makan sesudu campuran rempah ratus kicap cuka etc. senior akan tanya “sedap ke tak?”. kalau cakap tak sedap kena makan satu sudu lagi.
  3. crawl dari dining room (ni kat hostel 2 – hostel junior) sampai ke padang. adalah dalam 100m kot.
  4. sambil-sambil tu kena baling dengan air lumpur
  5. muka kena conteng dengan warna kuning, hijau, merah
kiranya, after baptised ni official jadi budak hostel. diiktiraf gitu.

lepas tu masuklah cerita pasal Encik Jeyaram, cikgu yang rasa-rasanya paling lama berkhidmat kat SIGS. dulu dia sangat pemalu. mengajar subjek sains yang ada bab pembiakan wanita. har har har. tak boleh blah.
masa zaman aku dia ajar matematik. dia garang yang agak lawak sebenarnya. kalau budak tak siap homework dia suruh terjun bangunan, keluar kelas. tapi bila budak tu keluar kelas dia marah and then dia tanya balik, “siapa suruh keluar kelas?”. OMG. sabar ja lah kan.

cikgu kesayangan semua. tahun 2005 baru bersara. memang meriah betul sambutan untuk dia. huhuhu

then, dia cerita pasal Sultan Johor sekarang. masa zaman makcik tu, Tuanku selalu bawa helicopter, landing dekat padang SIGS sekejap lepas tu balik. SIGS ni kedudukan bangunan dia mengelilingi padang. maka, haruslah semua students keluar kelas nak tengok Tuanku. “handsome, muka merah-merah”, kata makcik tersebut dengan agak excited. cikgu-cikgu pula tak boleh nak buat apa lah kan. tak kan nak marah kot.

dia cakap dulu budak-budak band memang terkenal sebab gaya hidup bebas diaorang. tapi aku rasa sekarang ni kat SIGS tu tak kira lah budak band ke, budak sains ke, prefects ke, budak sports ke, sama ja!
kesimpulan daripada entry ini adalah; aku rindu sekolah dan isi-isi sekolah semasa aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

sigsAlumni SIGS :)

20100419

un-broken strings <3

yesterday was super fun.
woke up early and dizzy. pergi cop bilik thanks to fatin kejutkan suruh ambil number giliran. the situation was soooooooo much better than last year’s. dah tak macam orang kebulur tunggu bantuan sukarelawan hantar makanan dah. tahniah tahniah. satu peningkatan yang sangat bagus :)

lepas tu ke SOGO. zOMG, tengah sale tapi macam kat sana memang sale all year round(??). nak beli flats lagi but the last time i went out already bought two pairs so, baik jangan.

but motif utama ke sana, red box-ing.

rasa macam baru keluar dari gua sebab baru tahu video clip ‘Mad’ kesinanmbungan video clip ‘Part of the List’ (Ne-Yo). next time make sure nyanyi ‘Part of the List’ before 'Mad’.


achievement: berjaya menyanyikan lagu Sampai Syurga dengan baik :D

after that, had an early dinner at Kyros Kebab. makan lamb kebab. lepas tu tiba-tiba macam susah nak bernafas sekejap. padan muka. tapi daging kambing sangat sedap, my favourite macam mana nak resist? :/

and last but not least…

DSC00837finally :’)
thank you ;)

p/s: i know it’s pretty late but am currently addicted to GLEE and GG, thanks to the 12 days gap between my last paper and my next paper.

20100418

‘Benar Salahku – Nitrus’ anyone?

sedang mencari Benar Salahku – Nitrus. siapa ada album dia (or mp3 dia). or tau macam mana nak dapatkan mp3 dia. help! kalau ada lirik pun bagus nak baca sebab dengar cerita lagu ni best tapi tak pernah dengar padahal lagu ni dah lama. aku rasa macam kena tinggal train sebab baru tahu.

suka ini lagu, Cinta – Nitrus

tapi cinta ini lagu, Resah – Nitrus

 

damn. tadi aku keluar and lupa lagi nak beli Adrenalin *sigh*

20100417

SAVE ME, HERE I AM!

DSC00824

OMG!

FAIZAL TAHIR,

YOU’VE TOTALLY MADE MY DAY!!!

<3

tapi hari ni tidur pukul 7.05AM bangun pukul 4.23PM dan secara tiba-tiba:

 

tak ikut diaorang tengok wayang?

siapa? diaorang tak ajak

kan diaorang dah cakap. baru bangun ea?

mana ada (diaorang cakap).

cuba tanya diaorang :-)

orang tak ajak takkan nak terhegeh-hegeh

 

ni yang rasa nak tidur balik sampai esok pagi ni :S

tak apa kan naima kan. sekali sekala orang lupa kat kita. tak apa lah kan. dia terlupa lah tu. manusia mudah lupa. lagi-lagi melayu. so, tak apa. chill.

20100416

hampa:gas

1. tak dapat keluar esok dengan BFF pasal dia dah ada prior engagement with someone else. maknanya esok kemurungan dalam bilik :(

2. perut meragam masa exam. macam ada makhluk tengah main masak-masak dalam perut.

3. masa exam asyik fikir pasal #1 tak ada mood nak jawab

4. tengah-tengah exam confused nota yang dihafal tu pasal Bill of Exchange ke Bill of Lading ke Letter of Credit ke… macam mana nak jawab?

5. lupa bawa duit pergi exam so tak singgah cafe beli dinner. lapar.

6. esok mesti kebulur sebab kat cafe bukan ada food sangat pun and mesti malas nak turun. pasal tu plan nak keluar tapi rujuk #1

 

this weekend’s mission:

- potong rambut after almost a year tak potong. har har har. * ni semua effect baca hadith yang cakap tak boleh sanggul tinggi tu [read here]. simpan rambut semata-mata benda tu kot. i down! tapi maybe tak dapat settle mission ni this week sebab #1.

- cop bilik dengan selamat *ala-ala mangsa gempa bumi ja masa cop bilik last year. hopefully this year’s system better than last year’s.

- red box-ing. *masih mencari lagu-lagu untuk dinyanyikan. save time tak payah terhegeh-hegeh nak memikir kat sana nanti. suggestions please…

Beautiful Blogger Award

image

beautiful
beau·ti·ful /ˈbyufəl/ [byoo-tuh-fuh l]

  • the description of anyone who is true to themselves

honesty is beautiful.

[Urban Dictionary]

 

The rules are :


1. Thank & link the person that gave you the award

Thanks to mahira oya for the award yang dah lama kot sebenarnya tapi sekarang baru nak tergedik-gedik letak :P my bad. sorry.

2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

rules are meant to be broken right? so nak break this rule tak kira sebab malas nak fikir nak bagi siapa.

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

-

4. State 7 things about yourself.

  • currently attracted to lace and pastel
  • easily seduced by vintage/thrift-ed/second hand/bundle stuff
  • i love my hair
  • hates it when people ask me why i didn’t straighten my hair and later on tells me that i should do it. pfft.
  • easily distracted
  • easily annoyed
  • when i grow up, i wanna be famous a kindergarten teacher :P

 

*

International Trade Law. PSENI. 1500.

20100415

“Sesungguhnya, Saya Anak Johor!”

secara tiba-tiba teringat senaman pagi masa camping kat Kulim, Kedah itu hari. FYI, tu adalah antara ayat-ayat yang kitaorang kena sebut masa latihan vokal public speaking.

kitaorang kena senam sambil nyanyi lagu rakyat. sambil-sambil picit bahu kawan nyanyi lagu ‘injit, injit semut… siapa sakit naik atas, YO!’. ok ada ‘YO'!’ disitu tak tahu apa motif tapi, layan saja. apa lagi ek? ada nyanyi lagu ‘lenggang kangkung’ kalau tak silap tapi tak ingat part mana. ‘jong jong inai’ pun ada.

and untuk latihan pernafasan (biar boleh tahan nafas lama-lama) kitaorang diajar untuk keluarkan suara dari dalam yang kena control diaphragm semua tu (sumpah tak reti buat). budak-budak lelaki bukan main lagi keluarkan suara tapi bukan guna teknik yang dia ajar tu. menganjing lebih. haha

ada one part tu kena tutup mulut rapat-rapat and ketawa terbahak-bahak. bayangkan pagi-pagi bangun blur-blur tiba-tiba kena ketawa terbahak-bahak. motif? last-last aku cuma pandang muka ofee. ofee pandang muka aku. masing-masing puzzled. and time tu lah baru ada feeling nak gelak tengok instructor bersungguh-sungguh ketawa terbahak-bahak sambil pekup mulut pakai tangan. gila lawak.

aku buat kesimpulan semua speaker kat sana jenis sepesen. cakap nak stress ja sampai timbul semua urat kat kepala. kalau boleh meletup, meletup kot salur darah masing-masing. pastu air liur kalau tak tempias tak sah. nampak air mencurah-curah keluar dari mulut bila bercakap di terik panas lepas habis senaman pagi. kesian siapa duduk depan sekali mesti fobia. lepas ada ucapan/ceramah/syarahan confirm rasa nak berendam dalam sungai lama-lama.

tujuan aku menulis adalah untuk menghilangkan kekecewaan kerana sesungguhnya, aku stress sebab salah jawab soalan faraid semalam.

20100413

Kami Prihatin

baru lepas tengok video clip Harapan Tanpa Suara thanks to ira yang letak link kat group Batch 24 FUU UKM.

sangat sedih.

actually aku tak tau pun video tu pasal pembuangan bayi punya kes so mula-mula macam teruja lah sebab Lah V.E. tiba-tiba nyanyi kan suara dah lah sedap sangat-sangat woot! ok tiba-tiba keluar gambar-gambar baby kena hurung semut berdarah-darah dengan tali pusat semua tu dikelilingi sampah T_T

teringat gambar ni :
lololoyes. itu hasan presiden PERUNDANG 2010/2011 punya nama.

pandai buat, pandai-pandai simpan, jaga, didik dengan penuh kasih sayang.

esok IFL jangan lupa bawa kalkulator kawan-kawan. and make sure it works. aku baru lepas check. nasib baik masih boleh on. ngeh.

20100410

Yaasin & Doa Selamat PERMAJ

yaasin, makan, masuk sangkar burung, bergambar, dapat RM10. best!

26223_109651572402673_100000734924678_111137_6110742_n26223_109651559069341_100000734924678_111133_2193936_n 26223_109651745735989_100000734924678_111176_162761_n26223_109651739069323_100000734924678_111175_1103400_n
-
isnin start exam.
12 – criminal II 0830
14 – islamic family law 1500
15 – muamalat 1500
16 – international trade law 1500
18 – tempah bilik (Kolej Keris Mas) 0900-1600
pasal benda alah ni lah aku tak boleh balik.
28 – tort II 1500
29 – bentuk-bentuk penulisan1530

terima kasih banyak-banyak sebab susun jadual sebegini. memang best gila. *sigh*
good luck semua and mari sama-sama doakan kejayaan masing-masing, insyaAllah…

20100407

Son of Rambow [2007]

image

cerita ni kelakar. cerita ni sedih. cerita ni sayu. cerita ni happy ending :)

Lee Carter budak nakal. suka buli budak lain. suka mencuri. tapi kat rumah, dia sangat sayang abang dia walaupun abang dia biar ja kawan-kawan abang dia belasah dia. dia hidangkan breakfast. dia ingat birthday. his brother is his everything.
I don't care what you and your so-called mates say about me, but don't you ever, ever call my brother a scab! You know, at least he's there for me! At least he cares about me, which is more than I can say for you, blood brother. You're a two-faced fake like the rest of them and I'm gutted it took me this long to work it out. I'm gutted I fell for it, Will. Lawrence is better than all of you and all that lot put together and he's all I've got, alright? He's all I've got.
siapakah yang melakonkan watak Lawrence?

image

oh yeah. it’s Ed Westwick. ok. nak start tengok Gossip Girl sekarang. haha.
and…
malas gila nak balik esok :(

20100406

Kursus Rekreasi dan Jati Diri Gabungan Anak Johor

am at JB baby. haha. best gila pukul 10AM baru tahu abah ada kat KL pukul 2PM dah naik kereta. tapi khamis ni dah ada balik kat UKM. huhu.

last weekend buat julung-julung kalinya aku pergi ke utara Malaysia. last time masa aku belum darjah 1 kot. tu pun pergi Perak. ni first time menjejakkan kaki kat Kedah semata-mata Kursus Rekreasi dan Jati Diri anjuran Gabungan Anak Johor.

yang join UKM, USM, UUM, dengan UNIMAP. semua sekali lebih kurang 240 orang.

1. tentatif yang dapat masa hari Rabu before pergi tak sama dengan tentatif yang dapat masa Jumaat. sepatutnya malam tu aktiviti bebas tapi tentatif baru ada nightwalk, water rafting, dll. thanks.

2. sampai kem hujan lebat pastu aku nampak khemah. aku tak tahu sebenarnya benda ni camping masa bagi nama. serius tak tahu.

3. food first night aku rasa tak boleh masuk betul padahal lapar gila sebab dapat part nasi jelantah. aku tengok orang lain bahagia ja licinkan pinggan.

4. sepatutnya ada nightwalk tapi pasal hujan cancel. YES!! haha

5. senaman pagi dia sangat kelakar. ada latihan vokal for public speaking. HAHA. senaman bibir, lidah, dan rahang. bila dengar benda tu first thing dalam kepala was… adalah tak boleh cakap :P

6. mula-mula takut nak buat abseiling tapi masa buat tu aku rasa best ja. hahaha

7. mandi jeram memang terbaik!!!

8. flying fox langsung tak menakutkan. HAHA

9. jungle trekking sangat mencabar. dalam hujan redah hutan. 3-4 kali rentas sungai. thanks a lot socks aku yang letak dalam poket seluar hanyut dibawa arus deras. socks Griffindor tuh!! :(

10. kolaj bandar idaman memang kelakar. ada group buat hebat gila. group i biasa ja.

11. ceramah/dialog/syarahan/ucapan - bias. racist. insensitive. disrespectful. whatever.

12. persembahan yang fun!


overall, sangat syiok, especially part activities. rasa macam nak pergi camping lagi padahal before pergi tu cuak nak mati. hehe :D

* ni baru balik dari klinik sebab kaki gatal-gatal gara-gara bercamping –.-“

20100401

Push

where i am today – emotionally, not physically – reminds me of Grey’s Anatomy Season 6 Episode 17.

Mark Sloan a.k.a McSteamy dah break dengan Lexie Grey few episodes ago. Lexie Grey thought Sloan hasn’t got over her and continuously brags about how easy she got over him and tells people that Sloan needs to grow up and move on. tapi sebenarnya dia silap. the truth is, Sloan is planning a new stable life, possibly with Teddy. and bila dia tahu pasal Sloan-Teddy, dia sedih sangat-sangat, pergi toilet, menangis.

reaksi tipikal orang-orang yang tak dapat terima kenyataan yang diaorang punya ex dah moved on.

ok. aku Lexie minus the blond hair, photographic memory and good looks.

ok. my ex tak adalah move on sangat pun but secretly, dia dah delete aku dari Facebook and add aku balik and logged in into my account and approve diri sendiri as friend. tak faham motif dia apa. tapi maybe dia lupa kalau orang add kat Facebook nanti dapat email and ada notification kat profile if kita approve. actually, aku perasan benda ni pun sebab ada junior aku like notification tu so, it’s a mere coincidence. i thought it was a glitch or something tapi bila check email memang ada pun. so… so…

ok. down.

ok. rasa nak nangis sekarang.

ok. bye.

ok. chop. esok pukul 9AM akan bertolak ke Kulim, Kedah untuk Kursus Rekreasi dan Kem Jati Diri. ada J-Robik setiap pagi, abseiling, flying-fox, nightwalk, ceramah (bosan i know), merentas halangan (wtf?), etc. hari Ahad pukul 11PM, insyaAllah akan selamat sampai kat UKM semula.

ok. sila rindu and take care.