20100308

aku bukan superstar

selepas lapan minggu bertungkus lumus merangka projek for ko-k, dua hari before pelaksanaan, pihak sekolah yang terlibat dengan suka hati nak tukar projek tu dari 10 jam jadi 4 jam ja. aku memang lah tak terasa sangat sebab aku orang-orang bawahan tapi kesian dekat MT and ketua-ketua post. lagi-lagi post program. plan punya lama nak buat LDK apa, explorace lah, kebudayaan lah… last-last kena cut. frust woi! tapi hikmahnya, save budget and tak payah tambah lagi RM10 for course yang setakat 1hr credit ja.

sabtu lepas program ni dah berlangsung pun. apa yang aku boleh komen, penceramah dia memang best. cikgu dari Sekolah Menengah Agama Bistari. aku siap menangis masa dia tayang balik iklan hari raya part anak minta upah kat bapak tu. masa dia cerita pasal siksa bini dia mengandung and tunjuk child labour punya video pun aku mengalir-ngalir air mata.

perasaan rindu zaman sekolah membuak-buak tengok budak-budak sekolah ni. carefree sangat hidup.
akak ni macam Yuna lah
hah? siapa tu?
alah… Yuna yang penyanyi tu…
T_T
tapi apa-apa pun, yang penting, tadi dapat duit RM5 balik. hari tu dah bayar RM10 + RM18 for t-shirt. tapi sepatutnya kitaorang tak payah nak pergi kutip derma bagai. memang pentadbiran macam cibai. suruh orang buat program tapi tak nak luluskan budget. chet!

 DSC00518 DSC00523
Post a Comment