20100330

mencari inspirasi

hidup lately sangat bosan. sangat colourless. sangat dull. macam tak ada tenaga. sentiasa mengantuk walaupun tidur awal. sorry kepada semua yang terkesan.

janji pada diri sendiri tinggal janji. biar baju bagai membiak dalam bilik dah tak cukup tempat nak simpan, tiap kali jalan ada saja yang menarik perhatian. last weekend, beli cream lace skirt dengan short sleeved cardigan yang tak sure bila akan pakai and two pairs of primo flats. best kan duit mengalir macam air.





enough with the sad stuff. highlight of my weekend was food! hari jumaat ke Sambutan Maulidurrasul Persatuan Anak Johor Selangor (kot) under PERMAJ dan dihidangkan dengan nasi beriyani gam. mak aih sedap sangat! esoknya ke Mid Valley Ca belanja Honey Lemon Chicken Chop. zOMG sedap gila *drools*
and and… sekarang sedang seram memikirkan Program Jati Diri PERMAJ kat Kulim, Kedah. what was i thinking? kononnya nak experience something different tapi actually tak minat kot benda-benda alah ni. i hope Aren will be there sebab serius scary kalau kena golek-golek dalam selut berenang dalam air lumpur… euw gross gila. minta-minta dijauhkan.

i need an inspiration. kalau perlu, inspirations. untuk study. untuk betul-betul happy seadanya. macam cerita The Pearl, puas hati dengan makan corn bread setiap hari. i wish i could be like that.

20100321

Majlis Makan Malam Fakulti Undang-Undang UKM 2009/2010

nn

rasa macam bias pula if cakap dinner yang batch sendiri organise best. so, apa yang saya boleh katakan, walaupun masa sampai bilik rasa macam semua tulang dah rapuh and segala sendi dah sengal (berdiri dua jam jaga VIP ok!), serius enjoy. serius lega gila lepas dinner settle. serius!

one thing yang undeniable… the food was great. sedap macam harga RM75 lah senang kata. OMG masih terbayang food tersebut. sedap!! ikan tempura lagi. KARI KAMBING FAVOURITE lagi!!!! berbaloi berbaloi tak sia-sia duit aku.

hall memang decorate dengan white rose. guests pun dapat white rose. so sweet :))) suka tengok semua ada rose kat baju or tangan. macam wedding pun ada setup hall malam tu (teringat comment Miasuraya :P).

tapi aku tak dapat pun sebab tak sempat nak pergi ambil kat registration counter. habis make-up terus ke lobby tunggu perasmi, Yang Arif Dato’ Haji Hashim bin Dato’ Haji Yusoff. gila berdebar OK first time jadi usher and then macam blur-blur ja takut salah cara kena marah dengan orang-orang atasan mampos. tapi Alhamdulillah, all went well :D

performance-wise, nyanyi best. menari best. Bad Romance best! BAU terbaik! :DD

congratulations to dinner committee. you made it happen despite all the obstacles! and thanks a lot to everyone yang attend dinner this year.

aku betul-betul berharap aku tak akan terpaksa skip dinner sampai final year. betul-betul berharap. dan betul-betul berharap makanan time dinner akan datang sedap macam dinner this year or if possible, better. hehe. yang penting FOOD!! food tak sedap membazir ja bayar mahal-mahal.

24856_377885534451_729479451_3463815_3517220_nVIPs and stage ushers :) credit to: ofee
me wearing vintage dress from Amcorp Mall, thrifted skirt from Bless Shop, shawl from art start with scarf, boots from SOGO, accessories from FOS and Pink Evil’s Fashion Supermarket

12317_1105144446963_1777337377_202679_654437_n
enjoying BAU’s performance with jaja and yaya. credit to aliff rani

tengok gambar-gambar yang selambak kat Facebook terus terasa terharu. terasa sayang kawan-kawan. terasa sedih sebab tinggal lagi dua tahun. masa berlalu begitu pantas ok. sob sob.

yang penting selesai sudah dinner. sekarang time for PBL PBL PBL PBL. *sigh* penat wooooooooo! kena hafal 10 kes lagi. aku baru baca 1. baru baca. belum hafal.

kalau nak cerita best and more pictures pasal dinner tunggu ira update blog.

ok bye. nak sambung tengok Cirque du Freak: The Vampire’s Assistant.

 

p/s: finally jumpa how to permanently delete your Facebook account. tiba-tiba rasa gatal tangan sangat-sangat.

20100318

You are great. You are amazing.

got this from Cik Nadia Bayu’s blog. something worth sharing. dah sampai sini wajib tengok ok. wajib! tengok!

menyentuh hati dan perasaan sungguh :’)

by the way, tomorrow PBL IFL. good luck semua semua semua. and dinner dah nak dekat. ok seram. good luck dinner committee.

20100316

Klasik/Retro

a’ah, best friend sehidup semati masa sekolah dulu pernah cakap
aku cerita kat kawan-kawan poli aku pasal kau. diaorang cakap nama kau klasik.
terima kasih. terima kasih.
aku memang suka nama-nama klasik ni. ada member aku nama anak saudara dia mariam. gila klasik kan?
tapi aku rasa nama kirana, arjuna, indra, cempaka juga yang sedap. nama bakal anak-anak kucing aku suatu hari nanti.
masa dinner kolej hari tu ada orang cakap nama aku retro. HAHAHA. tak boleh pergi :D
-
kalau buat dinner/reunion aku taknak theme yang lame dah sepuluh kali pakai. balik-balik merah. ramai sangat orang ada baju merah ke? tapi kalau buat tema putih cun kan. macam P. Diddy punya annual white party. baru lah classy. baru boleh wake up in the morning feeling like P. Diddy gitu. hihihi. eh! tema dinner fac white rose lah. tapi baju aku tak putih pulak. hehe. sorry i ter-lari dari tema :P
* ternyata assignments yang berlambak-lambak tak menghalang aku daripada terus-terusan berangan benda bukan-bukan. haha. bestnya berangan. berangan jom! :D

20100315

Kolej Keris Mas’s Retro Night

tak payah susah payah cari baju. berlambak sudah. cost dinner RM28. sebab beli gelang. haha. banyak gila gelang beli awal sem hari tu. padan muka sekarang tak ada duit.

weekend satu sen pun tak spend. hebat tak hebat makan maggi and biskut kering perisa keju dengan milo jah. pasal tu pergi dinner. berjimat punya pasal. terasa bagai haji bakhil sekejap. dah tahap kronik sampai nak makan pun berkira. nasib lah kurang dua bulan saja kat sini. minta-minta cukup duit sampai habis sem.

overall dinner KKM sangat enjoyable. opening sedikit tak senonoh, sedikit… motif?. tarian not bad. food not bad cuma kurang dari segi kuantiti sahaja. nasi hujan panas dia memang sedap ok! gimik best tapi macam tergantung. Mospeada terbaik. yang nyanyi lagu L.O.V.E was trying too hard to be like Jaclyn Victor. yang nyanyi lagu How Deep Is Your Love pitching lari, aku cuma boleh tolong gelak ja ha ha ha. lepas tu… aku balik. by the way, MC sangat best!

mari jamu mata sebentar ok. tak bergambar sakan pun sebab tak ada camera. berangan dalam bilik ja lebih. by the way, black patent pumps kesayangan dah tercalar :’(

DSC00704

Picture0048Picture0024

mary-norton-chiffon-rose-clutch-1jpg
motif? i still can’t get over pastels :/

nampak banner yang kat atas tu bawah nama blog tu? tu sempena dinner fac. macam semangat sangat ke? buat benda tu sangat mudah. 5 minit siap. kalau lah submission PBL IFL semudah tu. kalaulah… damn, down! (inside joke yang empat orang ja faham)

20100314

pastel <3

CIMG0171CIMG0172

semenjak dua menjak ni pastel colours and lace sangat menarik hati lagi-lagi soft pink. OMG. teruja membeli sampai duit makin susut. apa nak buat ni? ternampak baju-baju menarik ala-ala kelembutan seorang wanita sesuai maksud nama aku (na’iemah = lemah lembut) terus terlupa baki dalam akaun bank. melihat baju-baju sebegini akan buat kita terasa begitu romantis bagai mahu menulis puisi barang serangkap dua. or am i the only one who feels like this?

ada siapa-siapa mahu belikan? sila melawat Shop Paperdoll Sammy dan order. terima kasih tak terhingga. sayang kamu tak terkira :) by the way, blog dia comel gila ok. ada patung-patung cute. sukaaa :D

bye-bye now. nak bersiap ke dinner Kolej Keris Mas.

20100311

Movies & Series Marathon

1. Hotel Mania best. poyo sikit. tapi aku suka. tapi aku malas nak pergi tengok TV. so aku tengok 1st episode ja. Dafi punya nama watak Girang and dia kata teddy bear ganas sebab beruang bunuh orang dalam hutan. kelakar!

2. Grey’s Anatomy S06E15 best. it’s lecture day people. and yang bagi lecture Miranda Bailey, Torres and Richard. haruslah Richard punya lecture paling mendapat tepukan. cerita pasal permulaan dia as intern with Meredith’s mom and how they treat an AIDS patient. masa tu tahun 1982 dan AIDS dikenali sebagai GRID which is Gay-related Immune Defiency.

3. Up in the Air (lakonan George Clooney; from the director of Juno) best. was planning to watch Alice in Wonderland 3D tapi dah full and malas nak tunggu petang and dengar cerita, tak best mana pun. thanks to cukue yang twitt something about Up in the Air. kalau tak jenuh juga nak buat pilihan on the spot nak tengok cerita apa.****

4. The Invention of Lying bodoh. jangan tengok. British comedy. tapi bodoh. Hot Fuzz juga terbaik. *

5. Cloudy with a Chance of Meatballs, best. tapi aku lagi suka UP! ***

6. Julie and Julia sangat best! pasal blogging. pasal food. serious meleleh air liur tengok french cuisine depan mata. if only i know how to cook. ouh berangan. sekarang nak beli buku dia pula. ****

7. Cougar Town S01E01-15. same ol’ same ol’. tapi tak pernah penat tengok :D

8. Ghosts of Girlfriends Past ok ok lah. Jennifer Garner cute as always. tapi aku tak suka Matthew McConaughey.

9. dalam proses download semua episode from season 1 to 4 Brothers and Sisters. uisy. rindu nak tengok ok.

10. sedang mencari The O.C.

11. A Serious Man. dark comedy. best. tapi kecewa cerita tu ending dia macam tu ja. adakah anak lelaki yang baru bar mitzvah tu akan mati sebab tornado? TAK TAHU!! damn. benci benci. **

20100310

JB029050 - SPM 2005

siapa pernah tengok cerita Thailand - mae ai sa ern kat TV3, tahun 2005? kegemaran aku suatu masa dahulu.

episod last sangat haru. main character dia buat tarian pedang as penghormatan kat mendiang bapa dia. background song masa scene tu lagu tema cerita tu. dia siap bagi lirik sekali kat subtitle. boleh tak sedih gila tahap nangis sedu sedan sebab at the end of her performance dia bunuh diri pakai pedang yang dia guna masa menari tu. depan suami and anak dia. dia rasa bersalah sebab lepas famous jadi artis dia tak mengaku dia asal dari keluarga miskin. bapa dia buta. tu yang tak tahu anak dia artis. masalahnya, bapa dah mati baru nak menyesal T_T

aku Google tak ada pun info pasal cerita ni. argh! tension.

oh.

aku pernah tengok cerita ni one episode dekat rumah cikgu aku masa pergi beraya dalam uniform sekolah lepas paper SPM - KIMIA esoknya BIOLOGI. masa tengah-tengah syok tengok tiba-tiba warden call rumah cikgu aku tu semua dah terkedu and buat bunya *gasp* dengan sangat kuat sampai warden on the other end of the line dengar. dah cuak sebab tak bagitau dia kitaorang nak pergi beraya. mesti dia pelik sebab hostel kosong. selamat tak kena marah. ha ha ha ha.

|
|
|
teringat time dapat result aku terlompat dari kerusi. happy.

dah 4++ years benda tu. esok result SPM 2009 keluar. hopefully adik aku OK.

20100308

aku bukan superstar

selepas lapan minggu bertungkus lumus merangka projek for ko-k, dua hari before pelaksanaan, pihak sekolah yang terlibat dengan suka hati nak tukar projek tu dari 10 jam jadi 4 jam ja. aku memang lah tak terasa sangat sebab aku orang-orang bawahan tapi kesian dekat MT and ketua-ketua post. lagi-lagi post program. plan punya lama nak buat LDK apa, explorace lah, kebudayaan lah… last-last kena cut. frust woi! tapi hikmahnya, save budget and tak payah tambah lagi RM10 for course yang setakat 1hr credit ja.

sabtu lepas program ni dah berlangsung pun. apa yang aku boleh komen, penceramah dia memang best. cikgu dari Sekolah Menengah Agama Bistari. aku siap menangis masa dia tayang balik iklan hari raya part anak minta upah kat bapak tu. masa dia cerita pasal siksa bini dia mengandung and tunjuk child labour punya video pun aku mengalir-ngalir air mata.

perasaan rindu zaman sekolah membuak-buak tengok budak-budak sekolah ni. carefree sangat hidup.
akak ni macam Yuna lah
hah? siapa tu?
alah… Yuna yang penyanyi tu…
T_T
tapi apa-apa pun, yang penting, tadi dapat duit RM5 balik. hari tu dah bayar RM10 + RM18 for t-shirt. tapi sepatutnya kitaorang tak payah nak pergi kutip derma bagai. memang pentadbiran macam cibai. suruh orang buat program tapi tak nak luluskan budget. chet!

 DSC00518 DSC00523

20100305

first impressions

1. bodoh
lepas dapat result form 1
“tak sangka kau pandai. tengok muka macam selenga”

2. innocent
selalu ponteng kelas masa form 2
“kau ni muka ja innocent”

3. sombong/berlagak
classmate masa form 6
“masa mula-mula dulu kitaorang takut nak tegur kau sebab kau macam otai”

4. garang
junior sekolah
“dulu kita ingat kak nadhirah ni garang.”
and member-member sekarang
“kak, kau ni suka marah aku.”
 
5. terejal
budak kelas sebelah masa form 6
“naima pakai tudung? aku ingatkan free-hair. muka terejal”

ok. ok. basically, what i’m trying to explain here is…

“Adjust your philosophy of First Impressions - You should know they're meaningless by now.”
- Timothy Correa

20100301

i put on my make up and pray for a miracle

“naima macam Superman.”

kata encik khairi merujuk kepada cardigan aku yang terbang ditiup angin ala-ala cape lelaki berseluar dalam merah tersebut.

tapi aku tak boleh terbang. tak ada superpower. tak allergic dekat batu hijau…

fikirku dalam hati.

(jadahnya nak buat ayat macam ni?)

aku sakit dada. tidur dengan sakit dada. bangun dengan sakit dada.

jantung berdegup laju dan kuat macam tengah bertumbuk dengan tulang rusuk. meronta-ronta nak keluar. kalau boleh belah dada guna pisau and then rentap keluar aku buat. bagi dia bebas dia nak pergi mana pun.

aku cakap kat dia,

“STOP! stop beating ‘cause you’re hurting me! at least slow down. chill.”

aku tengah feeling suicidal ke sekarang ni? aku pun confuse. ha ha ha ha. bosan.

rasa nak mengamuk ja kat jantung aku yang satu ni. degil tak faham bahasa. SAKIT BODOH!

dahlah tak ada air. panas. F!

*

I’d Lie – Taylor Swift