20100219

kenangan 2005

aah message:

kau ingat tak lagu Katakan-Hazami

tiba-tiba ja terus teringat malam-malam kat study room hostel masa tahun 2005 zaman-zaman muda remaja perangai entah apa-apa menyanyi lagu tu yeye dengan penuh bergaya.

buat lagu orientation guna lagu Ezlynn and M. Daud Kilau - Pening.

tag line orientation – nak sign boleh (movie Anak Mami Kembali kot).

main tipu masa undi siapa jadi ketua keceriaan rumah merah sebab nak menangkan member. haha.

tolong kawan-kawan buat decoration for rumah merah sebab yang AJK semua member-member.

masuk marching QM macam haram. haha.

rumah merah menang marching, menang cheer, johan keseluruhan :)

makan Maggi separuh masak sebab rendam dalam air suam-suam kuku.

angkat tilam dari dorm pergi study room tidur sana mengada-ngada and then kantoi dengan Umi *head warden.

gaduh dengan junior sebab memang bila jadi senior ja nak kena brainwash junior ramai-ramai suruh diaorang diri dekat dataran malam-malam. senior mengada-ngada. tapi best sebab dapat warden’s approval >:)

tak bertegur sapa selama seminggu padahal before tu memang baik bagai isi dengan kuku. sedih.

pergi Wet World Batu Pahat, baik balik dengan junior lepas tu main air ramai-ramai. :D

dinner dekat hotel Seri Malaysia tema merah hitam putih :)

bulan puasa pasang lagu raya hari-hari pasang pelita keliling hostel. ponteng sembahyang teraweh pergi lepak kedai nasi lemak tepi jalan dalam telekung sambil makan mi goreng. main mercun roket tapi bila cucuk tak naik meletup tepi kaki ja.

pergh! rindu kot!

Post a Comment