20100127

terbaik dari ladang

sekarang tengah hot hot hot sempena Pilihan Raya Kampus. tadi after class ada lah budak-budak berkempen. boleh lah. fun. tak tau lah nak undi siapa. tengoklah esok macam mana. pagi-pagi dah nak kena pergi mengundi tapi aku tak dengar lagi manifesto calon-calon umum pihak Aspirasi. agak susah disitu nak menilai. tapi apa-apa pun aku memang looking forward to vote. walaupun kadang-kadang ragu-ragu juga entah dikira entah tidak vote aku ni tapi layan ja. yang penting semangat tu kena ada.

tadi pun sampai ja dekat Pusanika tengok-tengok siap ada TV pasang video manifesto semua calon. kagum sebentar OK! gila advance this year. betul-betul dah macam wakil rakyat dah. haha. tapi in my opinion tak semeriah masa aku first year dulu dia punya kempen. hmm. ni kalau dah menang tapi tak buat kerja memang nak kena santau lah diaorang ni. before menang cakap berapi. dah menang terus hilang. macam gampang.

by the way, lagi dua hari ja nak kena pakai tudung putih. rasa awkward pun ada juga. selama-lama ni asyik colourful ja kan tiba-tiba dull semacam hidup kena pakai tudung putih. tu yang kadang-kadang macam tak ada mood ja. yela. kata feel berkabung kan. haih. selendang berwarna-warni dalam almari memanggil-manggil dah. har har har.

kejap lagi ada kelas U2 yang amat membosankan. nasihat aku, jangan ambil subjek Bentuk-bentuk Penulisan. last but not least, selamat mengundi y'alls. and good luck to Faiz :)
Post a Comment