20100123

perasaan macam rojak

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

 

sepatutnya ada teater Mak Yong hari ni. tapi batal. pagi tadi masa kelas IFL baru diberitahu. terus kembali ke plan asal nak pergi SOGO/Jalan TAR dengan ofee, suraya, zahidah. memang gila bershopping sakan tak ingat dunia. dahlah belum cucuk duit. damn! tengah-tengah menyumbang kepada ekonomi negara tu tiba-tiba dapat message ajak keluar malam. terus cakap ok. tak tanya pun pergi mana buat apa dll. lenjan saja.

ter-shopping pula tadikan. nafsu membuak-buak. seriously. tapi dalam banyak-banyak barang yang dibeli tu ada juga lagi yang masih tak cukup. bila entah lagi nak pergi shopping. duit makin surut nampaknya. huhu.

dah balik tu lepak Ibu Zain kejap dah tu terus gerak. rupanya pergi Mid Valley. zahirah si tukang ajak pula stuck dalam traffic jam tak sempat pergi. sadis. tinggallah atik, ira, debot, fakhri, fatin, ina, anis, shahir. tengok Adnan Sempit. malas nak komen pasal cerita tu. yang penting pasal mesej yang nak disampaikan regarding rempit and snatch thief issue tu sangat lame.

dah habis movie gerak pergi makan. tapi nak cari kat mana parking punyalah susah. lawak gila. last-last jumpa juga. plan nak makan kat mana entah tapi tutup. last-last pergi ja mana-mana kedai yang buka.

actually, aku letak Lagu Negeri Johor as mukadimah sebab masa tengah makan kat Kayu Nasi Kandar area PJ at 2AM baru dapat tahu Sultan Johor dah mangkat maghrib tu masa tengah sibuk-sibuk menyanyah kat Semua House. aku tersentuh tersedih ternangis. over. tahu. tapi aku sayang Johor. that’s all. cam terkilan kot aku baru tahu after seven hours. takziah to kerabat DiRaja Johor and all Johorians out there. Al-Fatihah.

tapi lepas tu sedap ja gelak-gelak sampai sakit perut dalam kereta. adalah topik-topik tak berfaedah yang telah dibincangkan. dia punya gelak tu macam nak muntah balik nan cheese and maggi goreng and milo tarik.

it’s 3.27AM and tomorrow got debate at 2PM but have to be there by 1.30PM.

rasa macam nak berkabung tujuh hari tapi lack of baju kurung. ada empat pasang ja. esok pakai baju kurung purple dengan tudung putih. boleh?

Post a Comment