20100129

PILIHAN RAYA KAMPUS 2010

pergi tengok pengumuman keputusan PRK dekat Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh tadi.

wow! amazing gila crowd dia. memang mengujakan OK! tapi yang tak boleh blah nya mukadimah before pengumuman keputusan tu memang panjang gila. bayangkan lah ada orang dah tunggu dari pukul 9PM, pukul 12AM gitu baru dia announce. adeh. sabar ja lah. ramai jugalah orang yang aku kenal turun tadi. join the crowd kan. aku senyap ja. i was just a mere bystander. tak berpihak pada siapa-siapa pun. pergi sana just to experience it. rasa debaran diaorang. dengar jeritan semangat diaorang. tak kisahlah apa pun perjuangan diaorang. yang penting diaorang very passionate about it. and i like their spirit. teruja bila masing-masing bersorak bila menang/kalah. apa-apa hal pun, orang yang pegang betul-betul prinsip masing-masing memang terbaik.

paling kelaka pakcik-pakcik photographer lah. snap gambar kitaorang lah. cakap nanti tempat letak lauk yang kitaorang buat duduk tu patah lah. bengong gila kan. haha. main nyanyi-nyanyi lah. macam apa ja sebab menunggu keputusan itu adalah sesuatu yang sangat membosankan.

DSC00261view from the front

ASPIRASI menang 19 kerusi daripada 35 kerusi.

i must admit. i was a little bit scared. biasalah kan benda-benda macam ni. banyak kontroversi. kalau aku tak takut aku tak rasa aku tengah menaip entry sekarang ni. haruslah masih kat sana. haha. dengar cerita sekarang ni - 1AM -  dah bertumbuk bagai kat sana. hardcore weyh. haih. kenapa lah aku ni penakut sangat kan.

truth be told, aku suka benda-benda politik tapi tak nak involve because it’s messy. am not tough enough for that kind of life.

20100127

terbaik dari ladang

sekarang tengah hot hot hot sempena Pilihan Raya Kampus. tadi after class ada lah budak-budak berkempen. boleh lah. fun. tak tau lah nak undi siapa. tengoklah esok macam mana. pagi-pagi dah nak kena pergi mengundi tapi aku tak dengar lagi manifesto calon-calon umum pihak Aspirasi. agak susah disitu nak menilai. tapi apa-apa pun aku memang looking forward to vote. walaupun kadang-kadang ragu-ragu juga entah dikira entah tidak vote aku ni tapi layan ja. yang penting semangat tu kena ada.

tadi pun sampai ja dekat Pusanika tengok-tengok siap ada TV pasang video manifesto semua calon. kagum sebentar OK! gila advance this year. betul-betul dah macam wakil rakyat dah. haha. tapi in my opinion tak semeriah masa aku first year dulu dia punya kempen. hmm. ni kalau dah menang tapi tak buat kerja memang nak kena santau lah diaorang ni. before menang cakap berapi. dah menang terus hilang. macam gampang.

by the way, lagi dua hari ja nak kena pakai tudung putih. rasa awkward pun ada juga. selama-lama ni asyik colourful ja kan tiba-tiba dull semacam hidup kena pakai tudung putih. tu yang kadang-kadang macam tak ada mood ja. yela. kata feel berkabung kan. haih. selendang berwarna-warni dalam almari memanggil-manggil dah. har har har.

kejap lagi ada kelas U2 yang amat membosankan. nasihat aku, jangan ambil subjek Bentuk-bentuk Penulisan. last but not least, selamat mengundi y'alls. and good luck to Faiz :)

20100124

Sultan Johor Mangkat

DAULAT TUANKU.

frankly speaking, i rather be at JB today sama-sama berkabung dengan seluruh rakyat Johor (who cares about this things).

nonetheless, i had so much fun attending Debat Bahasa Melayu Piala Ketua Hakim Negara at DAM today. sangat. lepak-lepak. baca buku. cuci mata. makan-makan. sampai tudung putih kena sos and terpaksa beli baru kat pasar malam semata-mata nak berkabung punya pasal.

maka jangan pelik if for the next six days aku pakai tudung putih sahaja.

terasa dull sangat bila pakai plain black baju kurung with plain white tudung. sangat dull. memang mood berkabung habis lah. and listening to the radio playing sad sad songs and reciting Al-Fatihah every now and then. buat sayu saja…

20100123

perasaan macam rojak

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

 

sepatutnya ada teater Mak Yong hari ni. tapi batal. pagi tadi masa kelas IFL baru diberitahu. terus kembali ke plan asal nak pergi SOGO/Jalan TAR dengan ofee, suraya, zahidah. memang gila bershopping sakan tak ingat dunia. dahlah belum cucuk duit. damn! tengah-tengah menyumbang kepada ekonomi negara tu tiba-tiba dapat message ajak keluar malam. terus cakap ok. tak tanya pun pergi mana buat apa dll. lenjan saja.

ter-shopping pula tadikan. nafsu membuak-buak. seriously. tapi dalam banyak-banyak barang yang dibeli tu ada juga lagi yang masih tak cukup. bila entah lagi nak pergi shopping. duit makin surut nampaknya. huhu.

dah balik tu lepak Ibu Zain kejap dah tu terus gerak. rupanya pergi Mid Valley. zahirah si tukang ajak pula stuck dalam traffic jam tak sempat pergi. sadis. tinggallah atik, ira, debot, fakhri, fatin, ina, anis, shahir. tengok Adnan Sempit. malas nak komen pasal cerita tu. yang penting pasal mesej yang nak disampaikan regarding rempit and snatch thief issue tu sangat lame.

dah habis movie gerak pergi makan. tapi nak cari kat mana parking punyalah susah. lawak gila. last-last jumpa juga. plan nak makan kat mana entah tapi tutup. last-last pergi ja mana-mana kedai yang buka.

actually, aku letak Lagu Negeri Johor as mukadimah sebab masa tengah makan kat Kayu Nasi Kandar area PJ at 2AM baru dapat tahu Sultan Johor dah mangkat maghrib tu masa tengah sibuk-sibuk menyanyah kat Semua House. aku tersentuh tersedih ternangis. over. tahu. tapi aku sayang Johor. that’s all. cam terkilan kot aku baru tahu after seven hours. takziah to kerabat DiRaja Johor and all Johorians out there. Al-Fatihah.

tapi lepas tu sedap ja gelak-gelak sampai sakit perut dalam kereta. adalah topik-topik tak berfaedah yang telah dibincangkan. dia punya gelak tu macam nak muntah balik nan cheese and maggi goreng and milo tarik.

it’s 3.27AM and tomorrow got debate at 2PM but have to be there by 1.30PM.

rasa macam nak berkabung tujuh hari tapi lack of baju kurung. ada empat pasang ja. esok pakai baju kurung purple dengan tudung putih. boleh?

20100122

Jadual saya untuk tatapan semua


21012010 Pencalonan Pilihanraya PERUNDANG 2010/2011
banyak betul benda kelakar and best tadi. tapi memang fun lah. suka suka suka duduk depan Dewan Kuliah tengok gelagat semua orang. view dia menyeluruh. and paling suka melayan kerenah budak-budak yang kena bergambar untuk kertas calon. kauorang fikir kauorang Nurul Izzah nak snap ratus-ratus gambar for kempen pilihanraya?

22012010 Teater Mak Yong Anak Raja Dua Serupa
thanks to ofee yang ajak aku tengok benda ni. dia sekali harung dengan budak-budak bangsawan kat UKM which is kursus ko-k enam unit kalau tak silap. tak sabar. sangat jakun sebab tak pernah pergi Istana Budaya.
23012010 Debat Piala Ketua Hakim Negara
diwajibkan kepada semua pelajar tahun 1, 2, 3, dan 4 FUU, UKM. hopefully tak bosan lah. huhu.
24012010 Larian 1Malaysia
wajib for semua yang ambil ko-k Pengurusan Persatuan II. some colleges wajibkan first year sekali. dengar cerita kena pakai baju kolej yang besar gedabak tu. dengar cerita juga baju kolej aku yang size S tu adik lelaki aku size L muat.
29012010 Ceramah dan Bengkel Muamalat | Malam Mesra Anak Johor Bersama Menteri Besar Johor
ceramah dan bengkel kalau tak pergi kena buat assignment 1000 patah perkataan. in other words, kalau tak nak terseksa better pergi.

bayar RM5.00 sahaja to attend this event. dinner lah kiranya. budak-budak universiti lain pun ada join. aren aktif persatuan for mahasiswa/i Johor kat sana so, i’m hoping she’ll be there. rindu sangat-sangat kat dia ;(
30012010 Ceramah dan Bengkel Muamalat
as explained above. 9.00AM to 5.00PM kot! matilah.

-
this semester tak pernah lagi voluntarily prepare for tutorials and classes. i feel so lame sebab orang lain semua dah bulk up to make sure result diaorang improve tapi aku still malas. apa nak jadi? damn. damn. damn. terlalu layankan hati punya pasal lah ni  0_o

20100118

everybody gotta love sometime

1. Sabtu keluar dengan my BFFs. tak cukup korum. tapi bolehlah. yang dekat-dekat semua ada. gembira sangat! :)

2. Ahad ke PD with zahirah, anis, fakhri, ira, debot. it was seriously fun. dah bertahun tak pergi mandi laut so, i was kinda giddy about going to the beach. ira cakap aku macam orang gila tak boleh stop ketawa masa dalam air. saja ja kan. haha

3. banana boat was exciting! seram sangat-sangat. tapi abang yang bawa boat tu sangat baik. after dah habis semua tu pun memang kelakar sangat-sangat sebab dia jatuhkan kat tempat yang agak dalam for my height. i was afloat, my feet didn’t touch the bottom of the sea. nak paddle tapi tak bergerak so macam lari setempat ja padahal dah penat injit kaki. last-last abang yang baik hati tu yang tarik kitaorang semua to the shore. after that, we stayed there to watch the sunset. it was beautiful and mesmerizing.

4. we had dinner at Nasreen Songkhla Seafood. their service was good plus the food was superbly delicious. dah plan siap-siap menu makan malam masa mandi-manda. haha. memang sampai, duduk, terus order. siakap, lala, kerabu mangga, tomyam, telur dadar, kailan ikan masin, keropok ikan, sotong goreng tepung, air 6 gelas (mostly fruit juice) and nasi one pot for RM101. memang tak expensive langsung sebab makan sampai perut nak pecah. BEST!

5. gossip gossip gossip tiba-tiba pukul tiga pagi. plan konon-konon nak tengok sunrise lah. nak pergi swimming pool lah. nak breakfast lah. tapi masing-masing around pukul sembilan baru terjaga. and dah nak pukul 10 baru turun breakfast. food dah nak habis dah.

6. the funniest part was, masa kena bagi-bagi duit. siapa bayar berapa and so on. masing-masing memang fail lah bab ni. ada ja yang tak kena. it’s driving us crazy sampai kena panggil fakhri to sort things out. thanks to zahirah, benda tu semua solved. kalau ada yang tak betul kira tu pun anggap ja lah betul. halal ja. the money was already spent and we already had fun. not a cent goes to waste.

7. after check out terus gerak balik. and then singgah beli ice-cream debot belanja so haruslah makan Cornetto. hehe. then, dah sampai Bangi we had lunch at AP Ayam Penyet together with Mastura. i ordered Ayam Penyet with rice and iced milo. i was so full. probably kenyang malam semalam tak habis lagi sebab i didn’t eat much pun for breakfast.

8. all and all, it was a memorable thing one of the-best-effin-thing-ever-happened-in-my-effin-life kinda thingy. thank you so much for inviting me. i was so happy. so happy!

after the getaway;

9. pergi ICT & Mobile Fair kat Dewan Gemilang with ofee and kema. best lah juga although it was less than what i was expecting. tak banyak pun stall. tapi banyak yang jual iPhone punya clone. i bought new headphone since yang lama dah patah Jumaat lepas sebab aku terduduk atas benda alah tu. kat luar tu pula ada jual  food, clothings, kasut made in China. aku pun beli lah sport shoes semata-mata Larian 1Malaysia Ahad depan.

10. dekat Pusanika ada jualan lagi this week. wow! last week dah habis almost RM100 there for accessories and vintage dress. this time pun ada stall yang jual vintage dresses juga. Rabu ni nak pergi and then borong lah. tak tahu kenapa tak ada nafsu nak shopping at malls tapi kalau dalam UKM ni ada saja benda nak beli. weird.

11. i was so exhausted and my shoulder blades are in pain! but it’s all worth it. i do love my life minus the love part. lagipun, i’m a stupid girl with a stupid crush (quoted from Eternal Sunshine of the Spotless Mind. Mary to Howard).

20100115

SELAMAT PAGI DUNIA!!!!!!!!!!!!

bangun - sembahyang subuh - ‘ting ting’

    • CREDIT rm5,175.00 to account no.**** on 14/01/2010 00:00:00

WOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOT!! JPA dah masuk weyhh! :DDDDDDDDDDDDD

 

---

kalau rasa sakit hati dan sedih nanti tapak tangan aku sakit. an indication that shows sakit hati aku tu teramat sangat. menunjukkan betapa awan yang terpilu-nya perasaan aku masa tu.

dah lama aku tak rasa sakit tangan tu. dah bertahun kot.

until last night :(

ada pengajaran di sebalik semua benda yang berlaku. ada hikmah katanya.

maka kalau orang dah cakap ‘jangan percaya’, jangan lah percaya.

dan bila something unbelievable happen, jangan terlalu cepat kata it’s a miracle. jangan gopoh jangan gelabah. relax-relax sudah.

kalau degil taknak dengar kata, akhirnya padan muka.

---

 

mampos lah dengan sakit hati tu. duit aku dah masuk! HAHAHAHA

20100111

like the jungle we run the block


10012010. 14 orang. last minute-planned trip to Sungai Congkak. bihun goreng, nugget, fries. sarsi. ujian pendengaran. game ke bulan. we had joy we had fun we had seasons in the sun. thank you all.

AJL 24?

1. love the joke about adam/adam/ally
2. sayu gila dengar lagu Pergi sebab ada gambar Yasmin Ahmad. tsk. tsk.
3. love Hujan’s performance. Aku Scandal terbaik!
4. benci rambut Tomok
5. sedapnya la hai suara Black. hehe
6. Stacy memang perform macam konsert sendiri.
7. kalau tak potong rambut (masa mula-mula masuk AF dulu) memang Akim tak akan handsome sampai bila-bila.
8. Yuna. nothing less than beautiful!
9. sweet sangat-sangat lagu Kau dan Aku.
10. sedih weyh tengok Faizal Tahir. struggle!
11. sumpah meremang dengar Fantasia Bulan Madu. tapi sangat anti klimaks. huhu
12. kalau Faizal Tahir sihat dia ada peluang rasanya nak dapat number 1.
13. tak kisah pun Yuna menang. ha ha ha.
14. agak terkilan Hujan tak dapat apa-apa.
15. sekarang siapa-siapa nak masuk pertandingan memang kena apply konsep 1Malaysia. kalau tak, out!
sekadar opinion aku sepanjang berlangsungnya AJL 24.

20100109

The Imaginarium of Doctor Parnassus [2010]

image

bila aku baca review best pasal The Imaginarium of Doctor Parnassus, aku jadi teruja nak pergi menonton. esoknya member aku cakap ada orang cakap cerita tu tak best. tapi aku tak boleh down dengan statement tu sebab this movie was on my list. ca, ayuh!

so aku pun pergi tengok dengan sungguh-sungguh sebab nak cari apahal sebenarnya orang (yang cakap cerita tu tak best tu) tak paham cerita tu. selepas dua jam, aku buat kesimpulan yang orang tu lack of imagination.

the movie is obviously based on imagination. fiction. adalah moral value i.e: gambling and alcohol lebih cons dari pro nya, don’t be afraid of change, jangan pilih jalan hitam, etc. kalau otak sempit asyik nak fikir logik, i don’t think you’ll enjoy this movie.

aku tersentuh sikit sampai terkeluar air mata nampak Heath Ledger. apa yang sedih sangat pun aku tak faham. tapi aku sedih. mungkin pasal aku ni memang cengeng bila berkaitan bab-bab kematian ni.
character Anton pun buat aku sedih kadang-kadang sebab Valentina tak sedar Anton cintakan dia pasal pandangan dikaburkan Tony’s deceiving looks and sweet talks. Dr. Parnassus yang ada kuasa magis tetapi menderita kerana cuba mencari jalan mudah dengan gambling. pengakhirannya, orang yang jahat akan jatuh. orang yang baik akan dapat happy ending. cliche but true. disimpulkan dalam jalan cerita yang menarik yang gelap yang berbelit yang mengharuskan kita berimaginasi baru kita boleh realise apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan. in other words, it’s dark comedy with moral values.

IMO, this movie is not recommended untuk orang yang malas. orang yang nak senang. orang yang tak suka genre yang mendalam, tidak suka berimaginasi melampau tak masuk dek akal. tapi kalau dah minat pada Heath Ledger apa salahnya tengok. tak kiralah kau nak beli tiket atau download. tapi mungkin juga ada yang nak tengok movie ni pasal Lily Cole (Valentina); model seksi muka macam porcelain doll.

image


image



-
aku baru balik dari menonton teater sempena MEFEK. teater Burhan memang best. memang  best. memang hebat. terbaik. hehe. and agak bangga dan kagum bila dapat tahu member aku sendiri director for Mala Kencana punya teater. woot! thanks to hasan and anis yang tumpangkan aku pergi balik. kalau tak aku tidur Ibu Zain malam ni.

RESULT: 1. Burhan 2. KTHO 3. Za’ba
 

p/s: interpretasi aku pasal The Imaginarium of Doctor Parnassus mungkin tak selaras dengan apa yang hendak disampaikan oleh pengarah dan penulis skrip.
p/p/s: aku suka tengok The Spirit and Watchmen walaupun ramai yang tak suka so, tak hairan kalau ada orang yang tak suka cerita ni. taste aku pelik kot.
p/p/p/s: aku tak pernah miss tengok Mala Kencana masuk competition dalam UKM ni eventhough aku tak ada kena mengena dengan diaorang. haha.

20100106

Versi Saya Sayang FUU

DSC00006
makalah aku cacat. it’s ok. i can live with it. asalkan nama aku ejaan betul :)
-
Festival Sukan FUU 2010



candid konon! haha
DSC00010

DSC00011
24 vs 25

DSC00016

DSC00019

DSC00017
gol? tak gol?

DSC00022
tak gol! muka kecewa penonton.

DSC00018

DSC00020

DSC00023
muka player ala-ala dikejar paparazzi. haha

DSC00013
suara team sorak batch 24 menembusi jaring. sokongan untuk team futsal!!

DSC00024
22 vs 23


DSC00028
24 vs 22

20100101

flesh and blood

dedikasi untuk setiap insan yang aku sayangi. sayang-sayang sekalian. darah daging. kawan-kawan baik. jauh dekat. yang sayang aku. yang benci aku. yang jatuh bangun bersama. kadang susah kadang senang. teman gelak-gelak gossip buat dosa. sahabat makan-makan jalan-jalan sakit kaki. sekolah rendah. sekolah agama. sekolah menengah. batch 24. kawan kepada kawan. ini untuk kamu kamu kamu semua.


wishing you love
wishing you happiness
wishing you laughter
wishing you joy
wishing you wealth
wishing you health
wishing you everything that you adore
wishing you peace
wishing you calmness
wishing you a whole new year without sadness
wishing you strength to go through another year of bullshits
wishing you heart that forgives and forgets
wishing you success and above all
wishing you contentment even if you fall


for my ill deeds, i'm sorry, from the bottom of my heart. please forgive me... for i am not perfect and i'm not planning to be.

i love you guys wholeheartedly, in this moment of happiness, i could just die.

kawan-kawan, kita kawan sampai bila-bila ok?

thank you so much for reading this piece of crap.


it's 2010 people! have a blast!