20091227

rumah awang alak betatar

habiskan Christmas weekend at Ampang. one word: SYIOKKK!

gila jakun ok naik METROBUS sebab driver bus suka-suka hati ikut jalan shortcut and smoking while driving the bus and ada one time tu bas gegar-gegar macam nak roboh. Alhamdulillah, masih bernyawa.

agak excited sebab first time sampai Ampang Park. first time sampai Ampang Point. masuk Cash Converters. jumpa Brands Outlet. jalan kaki dari KLCC to Ampang Park. macam tak jauh tapi jauh juga. dapat tengok rumah-rumah duta dekat Ampang tu. dan lepas Google baru tahu WTH is Rumah Awang Alak Betatar. Istana Hinggap rupanya. Sultan Brunei dulu kahwin dengan orang TV3 tu kat sanalah. tak tahulah sebenarnya Sultan Awang Alak Betatar tu siapa. ada kaitan dengan Brunei/Sabah tapi tak sure. tapi menarik.

and and and, despite the fact that duit belum masuk, masih ada hati mahu tengok movie. the first one was not planned. kebetulan pergi KLCC and tengok-tengok ada Sherlock Holmes. wah! satu movie sudah boleh cancel dari list. yeay! cerita tu best ok. before this tak pernah tahu apa-apa pasal Sherlock Holmes except pasal dia detective. tapi cerita ini best. Robert Downey Jr. sangat best. Jude Law sangat handsome. black magic in this movie ada ala-ala illuminati. whatever pun, cerita dia best.



so that was Friday. tadi pula tengok Muallaf dekat Times Square. kepada siapa-siapa yang belum tengok Muallaf dan berhasrat nak tengok, satu nasihat, sila tanamkan satu benda dalam kepala otak tu sebelum masuk ke dalam panggung - what you’re about to watch is a film directed by the late Yasmin Ahmad. don’t expect anything else. kalau pernah tengok Talentime lagi bagus. cuba ingat balik ending Talentime macam mana. maka begitulah ending Muallaf. in my humble opinion, karya-karya Yasmin Ahmad memerlukan penonton fikir sendiri kesimpulan. tapi, tu pendapat aku lah. macam, what you see is what you get. bak kata member kepada member aku, jangan tengok dengan mata tapi tengok dengan hati.

for this great weekend of mine, terima kasih kepada ca, accommodation, clothes, food, tour guide, toiletries, concierge; sara – kawan ca, cuen and chuemei.

i hope you guys enjoyed your weekend too :)



p/s: baru lepas reserve selendang dua helai dekat Art Scarf. aha. first online purchase since October. gila kentang.
Post a Comment