20091205

three steps

dulu-dulu masa sekolah hari-hari kena beratur dalam Dewan Budi sebelum masuk kelas. semua orang yang tak siap homework subjek first period akan berdoa supaya perhimpunan lama so first period burn gitu ja or kalau yang rajin sikit akan bertungkus lumus cuba siapkan by copying friends' homework sebelum habis perhimpunan.

selalunya aku akan berdiri dan bergossip sambil melayan rasa ngantuk yang amat. sampai sekolah pun agak lambat. biasalah. duduk hostel SIGS. hostel umpama rumah setinggan. kalau tak pukul 6.45pagi tak bangun lagi dari tidur. kalau tak pukul 7.05pagi tak keluar lagi dari gate hostel. kecuali masa form six. masa tu warden hostel dah strict sikit. and aku dah besar. malas nak kena marah dengan warden.

paling bingit bila cikgu dah start membebel, prefects membebel, buat announcement bagai, dengan semua orang bercakap dalam masa yang sama secara berjemaah, kepala jadi pening, ada yang macam nak pitam. ayat wajib 'girls, tolong senyap'. comel ja panggil 'girls' :) masa tu muka aku akan berpeluh tahap maksimum macam baru lepas basuh muka tapi tak lap. geli gila. disebabkan aku tak ada kertas warna biru dalam kotak kecik johnson&johnson, aku lap pakai lapisan dalam tudung sekolah ja. memang selekeh. aku tau.

sampai ke besar ni pun muka aku memang cepat berpeluh. disebabkan aku suka pakai makeup benda tu agak melecehkan hidup aku. and baru-baru ni aku baca kat blog mana entah dia ada tulis pasal oily skin. katanya, memang selama-lamanya akan oily cuma boleh reduce ja lah sikit dengan the right diet and proper skin care.

seperti biasa ada three basic step in skin care regime. cleanse, tone and moisturize. ada orang mempersoalkan, kalau dah kulit tu memang berminyak perlu ke step ketiga? jawapan dia perlu. tapi ada cara dia. untuk kulit berminyak ni tak boleh lah main dot dot dot kat muka. masa aku pergi Clinique workshop hari tu demonstrater tu ajar kena bubuh sikit kat tangan and then start dari pipi baru bawa yang excess ke T-Zone which is usually the oiliest part of the skin. kiranya, tempat lain yang tak oily kena juga moisturize tapi tempat yang berminyak letak sikit ja just to balance it all. dan silalah guna oil-free moisturizer macam Garnier Pure (botol warna biru). lepas yang boikot-boikot Israel tu aku dah tak beli Garnier. baru-baru ni aku pergi Watson dan survey Oxy macam best ja kan lagi-lagi dah ada review yang macam best kat blog Hanis Zalikha haruslah aku test naik sem nanti.

and semalam aku tengok Glow kat channel 712 Astro. adalah seorang ni kata kalau oily skin, better use gel based products untuk mengurangkan minyak. maybe i should try that too.

an advice from Josh a.k.a petrilude (boleh search dia kat YouTube), masa nak sapu moisturizer make sure muka tengah lembab. the purpose of moisturizer is to lock the moisture on your skin. kalau sapu moisturizer masa muka kering (tak ada moisture) serupa sapu losyen ja. and this advice is applicable to all types of skin bukan setakat oily skin ja.
Post a Comment