20091217

Avatar [2009]

tadi tengok Avatar dengan adik-adik pukul 2:15pm dekat TGV Cinema Aeon Tebrau City. roughly 98% penuh. 4, 5 orang keluar awal.

latar tempat cerita tu dekat Pandora, satu tempat yang fiksyen semata. tempat tu cantik. malam-malam tumbuhan glowing saja. memang menarik lah tempatnya. tapi kalau tengok binatang-binatang yang ada kat alam sana memang menggelikan. muka ganas dengan tentacles bagai. tapi ada satu serangga ni lawa bila malam-malam dia pusing-pusing keluar cahaya (Fan Lizard). ada satu binatang macam badak, pun cantik jugak sebab ada macam burung merak punya ekor kat kepala.

blue alien yang tinggal kat Pandora dipanggil Na’vi. ada banyak puak tapi cerita ni fokus dekat puak Omaticaya. diaorang ni seksi lah. tak pakai baju. tapi nama pun orang asli kan. mereka ni pun glow in the dark macam tumbuhan. padanlah toy avatar yang dapat kalau beli Happy Meal kat McDonalds glow in the dark.

dalam cerita ni nampak sangat askar US ni kejam. menangis tengok diaorang musnahkan rumah orang asli, The Hometree. Well of Souls, tempat dewi Eywa -tuhan orang asli, duduk pun dia nak musnahkan. ramai yang mati. sedih sedih sedih.

masa battle between askar US a.k.a Sky People dengan kaum Na’vi memang sangat seram dan berdebar. tapi ending dia gembira. predictable, tapi masih gembira :)
 
dalam cerita ni aku suka karakter Norm Spellman, salah satu daripada tiga manusia yang ada avatar. dia nerd.

IMO, characters dia best, storyline best, kadang-kadang cara Na’vi berinteraksi dan menunjukkan emosi agak aneh, animation sangat mantap.

overall, cerita ni ok lah. tak rugi pun tengok kat cinema.


Related:
OST Avatar – I See You; Leona Lewis
Post a Comment