20091106

The Time Traveler's Wife [2009]

The Time Travelers Wife

dah dua bulan lebih aku simpan cerita ni dalam laptop tak terasa langsung nak tengok tak tahu sebab apa. last-last aku pergi tengok dengan anis, ina, fakhri and syatek kat alamanda lepas paper cyber yang senang gila babi macam nak makan coklat sambil jawab T_T

bagi aku cerita dia generally berkisarkan takdir, kasih sayang, penantian, kesabaran, dan apresiasi.

takdir ni memang misteri. apa-apa yang terjadi akan sentiasa balik semula kepada takdir. misalnya persoalan kenapa Henry mesti jumpa Clare? mesti. macam mana dia travel pun dia mesti jumpa. jawapan dia senang ja. semua tu takdir.

The Time Travelers Wife
part merajuk ;) (source) 

kasih sayang akan mengatasi segalanya. tak kiralah kalau mula-mula kita rasa dia beban dan menyusahkan macam satu sumpahan. sebab ada kasih sayang tu, semuanya akan jadi ok. kasih sayang antara ibu bapa dengan anak. kasih sayang suami isteri. kasih sayang kawan-kawan… love makes the world go round.

penantian kadang-kadang menyeksakan. sangat memerlukan kesabaran tanpa batasan. tapi benda yang dinantikan tu mestilah sesuatu yang pasti. baru worth it. macam Clare yang sanggup tunggu Henry. walaupun dia sendiri tak pasti bila Henry akan muncul, dia pasti Henry akan muncul juga tak kira umur berapa, bila, dimana. dan pastinya Henry akan dipertemukan juga dengan Clare.

The Time Travelers Wife
part lari lari lari cepat cepat takut tak sempat jumpa(source)

dan akhir sekali, apresiasi. tak kira lah seberapa sikit pun masa yang kita dapat luangkan dengan orang yang tersayang, kita mestilah sentiasa menghargai peluang tu sebab tak semua orang dapat. macam Clare cakap, dia tak akan ubah apa-apa pun dan dia hargai setiap momen mereka bersama-sama. life must go on.



seingat aku, buat pertama kali dalam tahun ini aku menangis teresak-esak (tak sedar pun ingat kan slow ja suara aku) tengok movie kat cinema. dah lama tak macam tu last time cerita Sepi kot. nak buat macam mana. sedih sangat. aku memang sensitif bab-bab kematian ni.

jadi, kepada sesiapa yang belum menonton, silalah menonton. dan bagi sesiapa yang tak nak pergi tengok kat wayang, boleh copy dari aku ja. lagi-lagi sesiapa yang koyak-koyak tu. cerita ni bagi uplift sikit semangat – bagi aku lah.


psst... sedar tak sedar tinggal lagi satu paper ja. harap-harap dipermudahkan.
Post a Comment