20091125

rewind: 2005-2006

dulu suka tulis diari. sekarang aku dah tak tulis. sebab dah malas nak menulis. menaip ja. dan tulis blog. tapi blog bukan diari. dalam diari aku tulis everything. apa-apa sahaja yang terlintas kat fikiran aku. letters to God. letters to people that i love. letters to my ex yang dulu aku sayang. benda-benda yang tak puas hati. my deepest feelings and emotions, dreams and suicide notes.

mood melancholy menyebabkan aku buka balik diari 2005-2006 yang merupakan zaman gelap dalam kehidupan aku. zaman aku hidup sendiri dan lonely. zaman kena tinggal dengan kawan-kawan sebab diaorang sibuk dating dengan declare tapi aku tak ada declare. macam mana sayangnya aku kat junior-junior aku masa tu. betapa bestnya dapat #1 kejohanan rumah sukan tahunan masa form 5. everything ada dalam tu. every tears, every smile, and maybe some sweat.

diari tu buat aku sedar yang tulisan aku dulu sangat comel dan lawa compared to tulisan sekarang ni sebab sekarang lebih banyak menaip daripada menulis (aku berdoa lecturers dapat baca jawapan aku or maybe if jawapan tu salah, diaorang akan nampak macam aku tulis jawapan yang betul. AMIN!).

aku juga sedar yang bila aku sayang kat someone tu, aku sayang macam nak gila tak boleh belah sampai aku rasa macam nak mati sangat-sangat bila diaorang tinggalkan aku. tapi tu dulu. sekarang aku tak tahu kenapa aku dah tak rasa macam tu. mungkin aku dah penat. dah letih. hati aku dah hancur lebur sampai perasaan aku dah hilang. dulu aku sangat percaya pada cinta. aku ada lima buah buku buat tulis love and friendship quotes/poems sahaja! everytime aku dengar or baca quotes yang best aku jot down. kalau tak ada kertas sanggup tulis atas kain sekolah. pasal tu dulu ramai orang cakap aku romantik. tapi tu dulu lah. dulu tu masa 2005-2006. lepas tu dah tak. dah putus harap katanya. tawar hati. sayang memang sayang. tapi aku tak go all out. aku simpan sikit untuk aku sendiri. takut kecewa lagi sampai sanggup buat orang lain kecewa.

another thing yang aku realise, dulu aku sangat benci kawan-kawan aku tipu aku dan sedih kalau diaorang simpan secrets dari aku. sekarang ni, aku benci-benci juga kalau orang tipu tapi malas nak fikir. sebabnya masa habis SPM tu adalah seorang kawan aku ni menipu dan ada pula orang lain bila aku bagitahu yang kawan aku ni penipu, diaorang taknak percaya tapi last-last kantoi kawan aku ni memang penipu besar. aku jadi fed-up. dan pasal secrets tu pula, aku dah tak kesah sebab aku pun banyak berahsia. maybe dulu aku kesah sebab aku ada diaorang ja. aku tak ada orang lain. benda yang aku buat mostly for them. budak mentah yang percaya all friendships last forever. sekarang baru sedar benda tu mitos. tapi still, friendship is a precious thing dan susah nak jaga. penat nak jaga hati semua orang.

last but not least, diari tersebut membuktikan yang aku ni memang seorang insan yang meminati ramai orang. bukanlah bermaksud every person yang aku suka aku approach but, ramai lah orang yang aku suka. haha. lumrah lah tu kan. benda tu tak akan ada siapa tahu kalau tak kerana ada orang curi diari aku masa aku tengah busy dengan camping dan dah lama baru aku sedar benda tu dah tak ada. pasal diari tu lah aku patah hati. tapi tu diari masa 2004. dah buang sebab sakit hati.

zaman-zaman sekolah memang bodoh dan poyo dan mengada-ngada. tapi zaman tu lah yang aku rindu.

endofschoolSIGS05hari-hari terakhir bergelar pelajar tingkatan lima SIGS JB
dari kiri ikut arah jam: ckyn, cupa, ofee, aah,
cuen, dewi, aren, aku


p/s: PC Fair dekat Persada 11-13 Disember kawan-kawan. jom pergi jom. nak beli external drive :D
Post a Comment