20091128

kenapa saya suka balik kampung?

kampung bosan. TV3 ja yang clear. channel lain hitam putih bising gamba pecah-pecah. phone reception tak clear. tak boleh online. budak-budak siang malam bising main lari-lari tak nak stop.
tapi best bila melayan nya’i. kelakar bila dia asyik cakap kesian ja. dia suruh pakcik aku potong nasi impit. pakcik aku cakap tak ada pisau. dia boleh cakap “iye? kesian…” haha. sengal. sengal. time kitaorang cakap jam kat hall lambat pun dia cakap benda yang sama. wah wah nya’i. menganjing nampak? haha. tadi ingatkan selipar hilang. mana tau kena curi dengan buruh kasar. kampung aku tengah hot dengan kejadian rompakan. tu yang seram tu. cuak gila sebab barang aku mostly orang bagi, termasuklah selipar tu. sekali rupa-rupanya nya’i pakai pergi rewang kat rumah jiran. isy. isy.

IMG_2080nya’i ku suka warna merah :) yang lagi dua orang tu cousin
balik kampung dapat makan sambal goreng yang sodap! the food is good. ni pun before gerak to JB makan sup kambing dulu. nom nom nom (pengaruh Cafe World :P)

tengok TV and bergossip dengan makcik-makcik pun best juga :) final episod Nur Kasih best walaupun tak follow cerita tu tapi tahulah serba sikit sebab semua orang lain pun tengok kan. dengar ja lah cerita mereka. sangat puas hati. nasib baik Nur tak kahwin dengan Aidil. kalau diaorang kahwin memang aku tak puas hati. lepas tu tengok cerita Taubat Nasuha. sangat sedih ok. tak dapat bayangkan kalau balik tengok the whole family dah kena bunuh macam tu. sadis. sadis. sadis. dan sangat kesian dekat the wife. dapat husband perangai macam haram.

IMG_2100cousin paling muda. hehe. panggil dia cha :P
paling best, sebelum balik makcik and pakcik mesti bagi duit. sikit pun sikit lah. janji ada. hehe

sedar sedar ja cuti dah makin sikit. cuti ni kenapa terlalu bosan? kenapa? kenapa? kenapa? good thing dapat RM50 every week padahal duduk rumah goyang kaki ja :p
Post a Comment