20091112

anda tahu anda dah sampai Johor apabila…

1. stesen radio bahasa melayu frekuensi 97.6FM secara tiba-tiba bertukar menjadi stesen radio bahasa inggeris.

benda ni boleh apply kalau kauorang dari KL to Johor ja. 97.6FM kat KL HotFM tapi kalau kat Johor Hitz.FM. sebenarnya tak adalah tiba-tiba sangat dia tukar sebab masa kat sempadan Johor dengan Melaka tu memang tak dengar apa pun. haha

 

 

---

perjalanan pulang sangat mencabar hari ni. elok abah sampai depan blok nak angkat barang masuk kereta, hujan lebat gila macam nak ribut sampai ada satu motor ni jalan jalan jalan tiba-tiba tumbang ditiup angin dengan daun-daun berterbangan dan wiper kereta bergerak selaju mungkin tapi still aku tak nampak apa yang ditulis kat signboard nasib baik abah dah biasa lalu jalan tu.

lepas tu masa dah kat area Pagoh tu nampak ada kereta terbalik dalam longkang. masa tu hujan tak lebat sangat lah. ok ok ja. kesian. kat situ memang angin lintang. dulu yang aku accident masa form 4 yang adik aku meninggal sebab kepala retak tercampak keluar dari kereta and terhentak kepala kat divider tu kat situ lah. kalau tak meninggal this year dia PMR.

dan secara tiba-tiba lebih kurang 12km sebelum sampai RnR Pagoh abah suruh berdoa kereta dapat bertahan sebab lampu merah dekat huruf E dah menyala meaning minyak dah tahap kritikal (sebenarnya dah lama merah tapi abah tak beritahu sebab takut aku panik). aku sebenarnya dah terbayang diri sendiri menolak kereta sebab abah ada sakit gout so, dia mesti tak boleh buat tapi lepas nampak signboard 500m yang ada gambar macam gas pump tu aku dah boleh menarik nafas lega. Alhamaku ni memang paranoid :P

seterusnya pergi sembahyang kat RnR Yong Peng. pernah pergi tak? kat sana tak ada surau tahu? aku tak tahu. aku ingatkan ada. penat aku pulas-pulas tombol pintu bangunan oren yang aku ingatkan surau rupanya tandas tambahan. padanlah orang kerja situ tengok aku lain macam semacam :| dan rupanya pondok-pondok tempat aku selalu nampak orang lepak tu tempat sembahyang. memang open gila. kalau tengah hujan janganlah sembahyang kat situ. pakkal ja time tu dah terdesak sebab dah 6.30pm tak asar lagi and perjalanan ada lagi satu jam sebelum sampai rumah.

aku sampai rumah lebih kurang sebelum pukul 8pm. dengan bestnya wifi boleh guna :D

sekarang ni tengah kekenyangan. aku suka makan sate kat kedai sebelah CIMB Taman Daya. sedap sangat. tak macam sate kajang yang harap size ja mantap tapi rasa tak semegah pun. tapi kalau dah kat UKM sate tu ja lah yang aku cari… tak ada choice. tu ja yang aku tahu…

---

 

 

2. nampak billboard DIGI benda alah kuning yang jadi maskot DIGI yang suka follow orang tu tengah duduk atas kuda kepang.

kuda kepang tu kalau kat Malaysia ni adalah benda yang melambangkan keJohoran. tak kan tak tahu.

Post a Comment