20091129

Blind Faith - Ben Elton / Now Generation

lyrics here
pernah dengar lagu ni? memang betul-betul menggambarkan generasi zaman sekarang yang mostly terikat dengan social networking, the need for money, the need for speed. huhu. tapi cuba bayangkan kalau satu hari nanti benda-benda yang kita kejarkan ni took control over humanity? tak boleh bayangkan?? sila baca Blind Faith by Ben Elton.

“Imagine a world where everyone know everything about everybody. Where sharing is valued above all, and privacy is considered a dangerous perversion… a post-apocalyptic society where religious intolerance combines with sex-obsessed, utterly egocentric culture. In this world, nakedness is modesty, independent thought subversive, and ignorance is wisdom.”

bayangkan kewujudan sebuah kerajaan yang berlandaskan satu kepercayaan yang entah apa-apa dengan undang-undang yang entah apa-apa. rahsia adalah sesuatu yang taboo. semua orang diwajibkan post video at My Tube (YouTube la kiranya) and blog about their life including videos of them losing virginity. every household ada webcam online 24/7 supaya everybody boleh tengok everything yang diaorang buat. and paling bodoh sekali, government percaya in science regarding plastic surgeries and IT tapi not in vaccination for babies. perempuan with small boobs di’sunat’kan buat plastic surgery tapi any kind of vaccination for newly-born is banned which resulted in more big boobies woman for man to perv on and less survival rate for babies.

buku tu buat aku fikir, itu ke yang kita semua nak? kebebasan untuk mengekspresi diri sampai boleh berbogel di khalayak ramai? kebebasan untuk buat apa yang kita nak sampai boleh dengar lagu kuat-kuat dan cakap kuat-kuat kat mana-mana sahaja all the time? imagine the sound pollution. imagine waking up watching your neighbour naked. imagine people watching you while you’re doing something private and you can’t stop them. imagine not having the privilege to keep secrets.

“A chilling vision of what’s to come?
Or something rather close to home?”

this book is only fiction. tapi serious scary gila. aku taknak hidup in that kind of world. aku lebih rela kena berjubah berpurdah bagai daripada walking around naked. perverts ja kot suka hidup macam tu. and ending dia best. terus naik bulu roma baca the last few pages. memang satu perasaan kemenangan. if you’re the now generation, do read this as a reminder to yourself. technology is good tapi kalau digunakan untuk something yang not good, it will condemn us all. it’ll be great to have unlimited rights to express ourselves but somebody may use it wrongly and suddenly, freedom to express ourselves doesn’t seem very meaningful anymore. think about it.

20091128

kenapa saya suka balik kampung?

kampung bosan. TV3 ja yang clear. channel lain hitam putih bising gamba pecah-pecah. phone reception tak clear. tak boleh online. budak-budak siang malam bising main lari-lari tak nak stop.
tapi best bila melayan nya’i. kelakar bila dia asyik cakap kesian ja. dia suruh pakcik aku potong nasi impit. pakcik aku cakap tak ada pisau. dia boleh cakap “iye? kesian…” haha. sengal. sengal. time kitaorang cakap jam kat hall lambat pun dia cakap benda yang sama. wah wah nya’i. menganjing nampak? haha. tadi ingatkan selipar hilang. mana tau kena curi dengan buruh kasar. kampung aku tengah hot dengan kejadian rompakan. tu yang seram tu. cuak gila sebab barang aku mostly orang bagi, termasuklah selipar tu. sekali rupa-rupanya nya’i pakai pergi rewang kat rumah jiran. isy. isy.

IMG_2080nya’i ku suka warna merah :) yang lagi dua orang tu cousin
balik kampung dapat makan sambal goreng yang sodap! the food is good. ni pun before gerak to JB makan sup kambing dulu. nom nom nom (pengaruh Cafe World :P)

tengok TV and bergossip dengan makcik-makcik pun best juga :) final episod Nur Kasih best walaupun tak follow cerita tu tapi tahulah serba sikit sebab semua orang lain pun tengok kan. dengar ja lah cerita mereka. sangat puas hati. nasib baik Nur tak kahwin dengan Aidil. kalau diaorang kahwin memang aku tak puas hati. lepas tu tengok cerita Taubat Nasuha. sangat sedih ok. tak dapat bayangkan kalau balik tengok the whole family dah kena bunuh macam tu. sadis. sadis. sadis. dan sangat kesian dekat the wife. dapat husband perangai macam haram.

IMG_2100cousin paling muda. hehe. panggil dia cha :P
paling best, sebelum balik makcik and pakcik mesti bagi duit. sikit pun sikit lah. janji ada. hehe

sedar sedar ja cuti dah makin sikit. cuti ni kenapa terlalu bosan? kenapa? kenapa? kenapa? good thing dapat RM50 every week padahal duduk rumah goyang kaki ja :p

20091126

selamat hari raya aidil adha.

hand phone aku yang tak ada warna tak ada 3G tak boleh MMS tak ada mp3 tak boleh online tu juga yang elok. tapi dah bagi ma guna. sekarang ni aku dah macam tak ada hand phone dah.

phone 1: boleh guna untuk answer call sahaja. nak call boleh tapi leceh sikit sebab tak nampak screen so tak tahu keypad dah unlock ke belum. tak tahu dial number ada salah ke tidak dll. sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, which i don’t have.

phone 2: charger dia rosak. dan selalunya tak ada reception. tapi masalahnya sekarang battery sudah flat. maka, tak function dah. kenapa tak beli charger RM10 ja??? sebab… benci lah keluarkan duit untuk benda-benda ni!

kejap lagi nak balik kampung sampai hari sabtu. selamat hari raya. BYE!

20091125

rewind: 2005-2006

dulu suka tulis diari. sekarang aku dah tak tulis. sebab dah malas nak menulis. menaip ja. dan tulis blog. tapi blog bukan diari. dalam diari aku tulis everything. apa-apa sahaja yang terlintas kat fikiran aku. letters to God. letters to people that i love. letters to my ex yang dulu aku sayang. benda-benda yang tak puas hati. my deepest feelings and emotions, dreams and suicide notes.

mood melancholy menyebabkan aku buka balik diari 2005-2006 yang merupakan zaman gelap dalam kehidupan aku. zaman aku hidup sendiri dan lonely. zaman kena tinggal dengan kawan-kawan sebab diaorang sibuk dating dengan declare tapi aku tak ada declare. macam mana sayangnya aku kat junior-junior aku masa tu. betapa bestnya dapat #1 kejohanan rumah sukan tahunan masa form 5. everything ada dalam tu. every tears, every smile, and maybe some sweat.

diari tu buat aku sedar yang tulisan aku dulu sangat comel dan lawa compared to tulisan sekarang ni sebab sekarang lebih banyak menaip daripada menulis (aku berdoa lecturers dapat baca jawapan aku or maybe if jawapan tu salah, diaorang akan nampak macam aku tulis jawapan yang betul. AMIN!).

aku juga sedar yang bila aku sayang kat someone tu, aku sayang macam nak gila tak boleh belah sampai aku rasa macam nak mati sangat-sangat bila diaorang tinggalkan aku. tapi tu dulu. sekarang aku tak tahu kenapa aku dah tak rasa macam tu. mungkin aku dah penat. dah letih. hati aku dah hancur lebur sampai perasaan aku dah hilang. dulu aku sangat percaya pada cinta. aku ada lima buah buku buat tulis love and friendship quotes/poems sahaja! everytime aku dengar or baca quotes yang best aku jot down. kalau tak ada kertas sanggup tulis atas kain sekolah. pasal tu dulu ramai orang cakap aku romantik. tapi tu dulu lah. dulu tu masa 2005-2006. lepas tu dah tak. dah putus harap katanya. tawar hati. sayang memang sayang. tapi aku tak go all out. aku simpan sikit untuk aku sendiri. takut kecewa lagi sampai sanggup buat orang lain kecewa.

another thing yang aku realise, dulu aku sangat benci kawan-kawan aku tipu aku dan sedih kalau diaorang simpan secrets dari aku. sekarang ni, aku benci-benci juga kalau orang tipu tapi malas nak fikir. sebabnya masa habis SPM tu adalah seorang kawan aku ni menipu dan ada pula orang lain bila aku bagitahu yang kawan aku ni penipu, diaorang taknak percaya tapi last-last kantoi kawan aku ni memang penipu besar. aku jadi fed-up. dan pasal secrets tu pula, aku dah tak kesah sebab aku pun banyak berahsia. maybe dulu aku kesah sebab aku ada diaorang ja. aku tak ada orang lain. benda yang aku buat mostly for them. budak mentah yang percaya all friendships last forever. sekarang baru sedar benda tu mitos. tapi still, friendship is a precious thing dan susah nak jaga. penat nak jaga hati semua orang.

last but not least, diari tersebut membuktikan yang aku ni memang seorang insan yang meminati ramai orang. bukanlah bermaksud every person yang aku suka aku approach but, ramai lah orang yang aku suka. haha. lumrah lah tu kan. benda tu tak akan ada siapa tahu kalau tak kerana ada orang curi diari aku masa aku tengah busy dengan camping dan dah lama baru aku sedar benda tu dah tak ada. pasal diari tu lah aku patah hati. tapi tu diari masa 2004. dah buang sebab sakit hati.

zaman-zaman sekolah memang bodoh dan poyo dan mengada-ngada. tapi zaman tu lah yang aku rindu.

endofschoolSIGS05hari-hari terakhir bergelar pelajar tingkatan lima SIGS JB
dari kiri ikut arah jam: ckyn, cupa, ofee, aah,
cuen, dewi, aren, aku


p/s: PC Fair dekat Persada 11-13 Disember kawan-kawan. jom pergi jom. nak beli external drive :D

20091121

semalam malam-malam semua jadi gelap.

amor015

amor009

amor014

last night keluar makan tapi madihah tak ikut sebab lately dia asyik tidur awal ja. and then balik rumah. and then mengamuk. and then phone yang dah berikat getah jadi mangsa. and then skrin dia blackout. macam haram gila. sometimes boleh tekan keypad kadang-kadang tak boleh. kalau nak dial number phone rasa macam orang buta. aku tak tau phone tu unlock ke tak. nasib baik aku tak setting PIN code or security code or whatever code lah yang boleh letak kat phone. kalau tak memang aku dah bungkus ja phone tu masuk dalam kotak balik ala-ala kebumikan. satu ja masalah besar. kalau kantoi kat parents aku memang lah jenuh nak menjawabnya. this is not the first time phone tu rosak. last semester break baling sampai tak dapat line. lagi haram tak boleh guna. aku macam… tak tau nak buat apa. so, aku salahkan orang yang sakitkan hati aku. don’t blame me! blame whoever invented PMS. and by the way, gambar-gambar kat atas ni semuanya diambil dari phone yang sekarang buta tu.

20091119

you are exactly where you’re supposed to be

aku pernah cakap aku nak post benda alah ni. tak best pun. tapi boleh lah. dapat juga masuk majalah sekolah.
Sukar
Sukarnya membuat pilihan
Hati mahu
Akal tak tahu
Hati runsing
Akal pening
Hati membentak
Akal membisu
Hati membatu
Akal membeku.
Tapi
Biar hati pedih
Biar akal merintih
Keputusan harus di buat
Hati mesti lah kuat
Akal tetap padat.
Berdiri di persimpangan
Antara keluarga dan kepuasan
Antara arahan dan kecenderungan
Antara alam dengan kata-kata
Antara sains dan sastera.
you can find this in Malar Hijau 2004, majalah Sultan Ibrahim Girls School (Secondary).

20091118

everyone connects





dalam banyak-banyak versi (nyanyian), aku paling suka sekali yang Bunkface dan Shila punya versi. Tomok ok. tapi aku benci rambut dia. Mila nyanyi mengada-ngada. tapi ni pendapat dan persepsi dan ikut rasa aku ja ok. siapa peminat Tomok dan Mila sila jangan emo.

by the way, abah dah subscribe channel yang ada kartun. maka hari ini esok dan seterusnya amat sukarlah nak tengok cerita selain kartun. sangat siot. sangat tak suka. sangat. sangat. sangat. tapi aku suka tengok kartun. tapi tak adalah selama-lamanya nak tengok kartun. tapi. tapi. saja nak dengki kat adik-adik :p
hmmm. dah nak cuti sekolah ni. aku harap najmi pergi taska sebab kalau dia stay kat rumah susah aku nak keluar.

20091117

i’m 92% addicted to Facebook.

i’m addicted to books too.
image
status: done. it was OK. about life at L.A.

image
status: still sealed. watched the movie though.

image
status: progress – third chapter.

image
status: still sealed.

image
status: un-opened.

image
status: progress – first short story.

other books i’ve bought this semester can be found here.
Gridlock by Ben Elton. status: progress – first chapter
Stories We Could Tell by Tony Parsons. status: read once (borrowed from library). own copy still sealed.

last but not least…

Untitled
is this bad?? what the hell. boredom is killing me slowly. and the pain seems unbearable.

20091114

Najmi's Kindy Graduation

IMG_2631

IMG_2673

IMG_2684

DSC00153

DSC00179

IMG_2680

IMG_2694

IMG_2695

20091113

SAVE & SPLURGE

aku suka shopping tapi ada benda yang aku tak kan beli if mahal and ada benda yang aku sanggup berhabis duit.

splurge habis-habisan kalau masuk bookstore. kalau ada duit lebih sikit ja habiskan buat beli buku. sebab best. nanti dah ada rumah sendiri boleh display collection :p

2. clothes
beli baju bundle sudeh. save duit. huhu. kalau pergi pasar malam dekat-dekat shell tu of course aku borong dress sehelai RM10. kalau pergi Midvalley or Semua House mesti singgah Bliss Shop. tetapi… kalau duit tengah banyak (baca: duit JPA baru masuk) beli lah baju mahal sikit. saja nak memuaskan hati sendiri :D

3. makeup
ini memang splurge. sekarang ni banyak gila benda yang aku tak guna lagi still sealed tak tau bila nak guna. tapi benda tu cantik dan menarik buat aku tertarik. salah aku ke? mereka yang terlalu menggoda. motif salahkan benda tak bernyawa? hahahaha. ok. gila sekejap.

4. food
ramai orang cakap untuk makan janganlah berkira maka aku splurge on food! perut memang tak boleh cover. kalau duduk kat kolej memang malas nak turun cafe. sekali dapat makan luar memang makan banyak-banyak. macam hari tu beli yong tau fu RM8.80 aku habiskan semua sendiri dengan nasi and lala & udang bakar. lepas kenyang nampak gila macam pregnant. dah biasa dah. dari upper six dulu macam tu. masa form 5 bangun pagi perut flat ja mendapat pujian ramai. sekarang orang buat gelak siap nak ambil gambar suruh cover perut lagi *sigh* thank god for digital cameras kalau tak haruslah lepas cuci gambar baru perasan perut buncit obvious gila.

5. gadgets
sangat lah tak berminat untuk membeli. aku lebih berminat untuk save duit untuk splurge on books. dah guna tiga hand phone berbeza tak ada satu pun beli guna duit sendiri. semua meaningful ok sebab satu birthday present time form 5, satu present time dapat result STPM, satu early birthday present untuk tahun ni from ca. ha ha ha ha. tapi buat masa ni sangat terasa memerlukan external sebab laptop agak lembab disebabkan kapasiti hampir mencapai had maksimum. bila nak pergi beli agaknya. duit makin lama makin kurang jalan macam air T_T

20091112

anda tahu anda dah sampai Johor apabila…

1. stesen radio bahasa melayu frekuensi 97.6FM secara tiba-tiba bertukar menjadi stesen radio bahasa inggeris.

benda ni boleh apply kalau kauorang dari KL to Johor ja. 97.6FM kat KL HotFM tapi kalau kat Johor Hitz.FM. sebenarnya tak adalah tiba-tiba sangat dia tukar sebab masa kat sempadan Johor dengan Melaka tu memang tak dengar apa pun. haha

 

 

---

perjalanan pulang sangat mencabar hari ni. elok abah sampai depan blok nak angkat barang masuk kereta, hujan lebat gila macam nak ribut sampai ada satu motor ni jalan jalan jalan tiba-tiba tumbang ditiup angin dengan daun-daun berterbangan dan wiper kereta bergerak selaju mungkin tapi still aku tak nampak apa yang ditulis kat signboard nasib baik abah dah biasa lalu jalan tu.

lepas tu masa dah kat area Pagoh tu nampak ada kereta terbalik dalam longkang. masa tu hujan tak lebat sangat lah. ok ok ja. kesian. kat situ memang angin lintang. dulu yang aku accident masa form 4 yang adik aku meninggal sebab kepala retak tercampak keluar dari kereta and terhentak kepala kat divider tu kat situ lah. kalau tak meninggal this year dia PMR.

dan secara tiba-tiba lebih kurang 12km sebelum sampai RnR Pagoh abah suruh berdoa kereta dapat bertahan sebab lampu merah dekat huruf E dah menyala meaning minyak dah tahap kritikal (sebenarnya dah lama merah tapi abah tak beritahu sebab takut aku panik). aku sebenarnya dah terbayang diri sendiri menolak kereta sebab abah ada sakit gout so, dia mesti tak boleh buat tapi lepas nampak signboard 500m yang ada gambar macam gas pump tu aku dah boleh menarik nafas lega. Alhamaku ni memang paranoid :P

seterusnya pergi sembahyang kat RnR Yong Peng. pernah pergi tak? kat sana tak ada surau tahu? aku tak tahu. aku ingatkan ada. penat aku pulas-pulas tombol pintu bangunan oren yang aku ingatkan surau rupanya tandas tambahan. padanlah orang kerja situ tengok aku lain macam semacam :| dan rupanya pondok-pondok tempat aku selalu nampak orang lepak tu tempat sembahyang. memang open gila. kalau tengah hujan janganlah sembahyang kat situ. pakkal ja time tu dah terdesak sebab dah 6.30pm tak asar lagi and perjalanan ada lagi satu jam sebelum sampai rumah.

aku sampai rumah lebih kurang sebelum pukul 8pm. dengan bestnya wifi boleh guna :D

sekarang ni tengah kekenyangan. aku suka makan sate kat kedai sebelah CIMB Taman Daya. sedap sangat. tak macam sate kajang yang harap size ja mantap tapi rasa tak semegah pun. tapi kalau dah kat UKM sate tu ja lah yang aku cari… tak ada choice. tu ja yang aku tahu…

---

 

 

2. nampak billboard DIGI benda alah kuning yang jadi maskot DIGI yang suka follow orang tu tengah duduk atas kuda kepang.

kuda kepang tu kalau kat Malaysia ni adalah benda yang melambangkan keJohoran. tak kan tak tahu.

Bad Romance – Lady Gaga



final exam has ended. hoorah! :D went to Jusco in Balakong(??) with anis, ina, zahirah and fakhri. had a 2 hour karaoke session with the girls and later on we watched Pisau Cukur. i didn’t know before watching it that Bernard Chauly is the director. no wonder he invited me (via Facebook) to watch the movie. heeee. i remember watching Gol & Gincu in 2005 with schoolmates and it was like, THE best Malay movie during that time. and Pisau Cukur is definitely a very chic movie! the star-studded casts are incredible. INCREDIBLE i tell you!!! i love liyana jasmay’s work (strictly acting-wise). and 3R and afdlin and nas-T and eizlan and fazura. it has flaws but it’s still my must-watch-movie of the month!!!


on another note, tomorrow, i’ll be leaving UKM. not for long. 5 weeks only. i hope life won’t suck at home. i hope wifi is working. i hope i have money to go shopping. i’m running out of cash! and i still owe RM300++ to celcom. damn you celcom!! oh JPA, where art thou??


p/s: lets sing ‘i believe i can fly’ and ‘i gotta feeling’ together ramai-ramai, like a mob or something. it’ll be fun :DD !!! those songs can really lift our spirit.

20091110

Sale = Exception to limitation clause on buying things you don't really use

sabtu lepas aku pergi Times Square dengan jayanya dan masuk-masuk ja nampak sign besar-besar kat Metrojaya lebih kurang - “MOVING OUT SALE up to 70% discount”. mantap! apa lagi. serbu lah!!

tak sia-sia datang! memang gila-gila promo barang Maybelline and Loreal 30% discount, ZA lebih murah daripada biasa. Revlon and KATE; almost all products under RM20. 

Metrojaya Moving Out Sale


20091109

i’ve been in love with you all my life.

i’m officially 21 yesterday and to my surprise, it was a great day. i mean, it was like, the GREATEST DAY EVERRR… for now. hehe.
My-Birthday-CelebrationMy-Birthday-CelebrationMy-Birthday-Celebration

My-Birthday-CelebrationMy-Birthday-CelebrationMy-Birthday-Celebration

…thanks a lot for the cards and the cake and mee hailam and custard puding and tepung gandum cap anchor -.-". THE great day would never happen without these guys and the mastermind (which i’ll thank later). in fact, my life at UKM would never be the same without them! 






p/s: i love this :)

20091106

The Time Traveler's Wife [2009]

The Time Travelers Wife

dah dua bulan lebih aku simpan cerita ni dalam laptop tak terasa langsung nak tengok tak tahu sebab apa. last-last aku pergi tengok dengan anis, ina, fakhri and syatek kat alamanda lepas paper cyber yang senang gila babi macam nak makan coklat sambil jawab T_T

bagi aku cerita dia generally berkisarkan takdir, kasih sayang, penantian, kesabaran, dan apresiasi.

takdir ni memang misteri. apa-apa yang terjadi akan sentiasa balik semula kepada takdir. misalnya persoalan kenapa Henry mesti jumpa Clare? mesti. macam mana dia travel pun dia mesti jumpa. jawapan dia senang ja. semua tu takdir.

The Time Travelers Wife
part merajuk ;) (source) 

kasih sayang akan mengatasi segalanya. tak kiralah kalau mula-mula kita rasa dia beban dan menyusahkan macam satu sumpahan. sebab ada kasih sayang tu, semuanya akan jadi ok. kasih sayang antara ibu bapa dengan anak. kasih sayang suami isteri. kasih sayang kawan-kawan… love makes the world go round.

penantian kadang-kadang menyeksakan. sangat memerlukan kesabaran tanpa batasan. tapi benda yang dinantikan tu mestilah sesuatu yang pasti. baru worth it. macam Clare yang sanggup tunggu Henry. walaupun dia sendiri tak pasti bila Henry akan muncul, dia pasti Henry akan muncul juga tak kira umur berapa, bila, dimana. dan pastinya Henry akan dipertemukan juga dengan Clare.

The Time Travelers Wife
part lari lari lari cepat cepat takut tak sempat jumpa(source)

dan akhir sekali, apresiasi. tak kira lah seberapa sikit pun masa yang kita dapat luangkan dengan orang yang tersayang, kita mestilah sentiasa menghargai peluang tu sebab tak semua orang dapat. macam Clare cakap, dia tak akan ubah apa-apa pun dan dia hargai setiap momen mereka bersama-sama. life must go on.



seingat aku, buat pertama kali dalam tahun ini aku menangis teresak-esak (tak sedar pun ingat kan slow ja suara aku) tengok movie kat cinema. dah lama tak macam tu last time cerita Sepi kot. nak buat macam mana. sedih sangat. aku memang sensitif bab-bab kematian ni.

jadi, kepada sesiapa yang belum menonton, silalah menonton. dan bagi sesiapa yang tak nak pergi tengok kat wayang, boleh copy dari aku ja. lagi-lagi sesiapa yang koyak-koyak tu. cerita ni bagi uplift sikit semangat – bagi aku lah.


psst... sedar tak sedar tinggal lagi satu paper ja. harap-harap dipermudahkan.

20091102

budak-budak.

budak-pink-teddy-bear
malasnya nak study. layan anak lagi bagus. hehe

kill-bill-cafe-world
kill bill sangat :DDDDDDDDDDD