20091031

Isu-isu ekonomi yang tak ada isu

hari ni agak kurang best. bukan pasal paper pengurusan persatuan tu. paper tu macam relax ja lah. baca tak baca belakang kira. tapi pasal seseorang yang buat aku risau macam nak call polis buat report missing person dan tiba-tiba call aku dengan suara bahagianya selepas aku nangis sepanjang-panjang exam tadi. grr.
-
nak buat promosi kursus isu-isu ekonomi U3. kalau agak-agak next semester kauorang lambat daftar and tinggal kursus-kursus yang macam jadah bunyinya, ambil je lah isu-isu ekonomi. dia more to muamalat sebenarnya. kau Melayu ke Cina ke India ke Islam ke tak ke jangan risau. pada pendapat aku group terbaik presentation hari tu was a group of chinese law students. so memang tak ada masalah even though belajar pasal ekonomi Islam. lecturer (Dr. Amin) sangatlah baik hati. sepanjang-panjang lectures dia akan bagi hints. buku dia nipis ja. kalau baca buku betul-betul confirm boleh score time final --- tapi hari tu aku tak baca betul-betul :| walaupun dalam buku tu banyak ayat Al-Quran, tak ada dia tanya soalan pasal ayat-ayat tu masa exam.
-
sekarang ni aku cuma mampu berdoa supaya dapat maintain scholarship ja. tak DL pun tak apa. scholarship penting.
Post a Comment