20091023

we'll probably laugh when we read things we wrote during yesteryears.

teruk sangat ke budak STPM? rendah sangat ke martabat nak dibandingkan dengan orang-orang yang masuk universiti lebih dulu?

ada orang yang aku rasa sangat baik dan memang pandai cakap (semasa sedang berdiskusi tentang satu kumpulan tertentu), mereka agak lambat dan agak malas adalah kerana kebanyakan mereka daripada kumpulan tu lulusan STPM. kalau tak kerana pensyarah merangkap mentor ada di sebelah masa tu, nak ja aku gaduh mulut dengan dia.

tapi benda yang dia cakap tu buat aku terfikir, macam mana agaknya diaorang pandang budak STPM masa mula-mula dulu. apa sebenarnya dalam benak diaorang. aku pernah baca satu entry dalam satu blog yang mengutuk budak STPM sebab jakun katanya. jakun? oh yeah? fine! kau bagus. kau hebat. kau terbaik sebab lepas SPM terus masuk universiti. tahniah untuk kau.

yang aku tau masa aku mula masuk universiti dulu aku tak ready. aku tak pernah bayang pun future aku kat situ, belajar benda tu. these things are new to me. tapi aku cuba. maybe kalau tengok aku, memang kau boleh cakap aku malas. tapi tak bermaksud semua budak STPM macam tu. come on lah. kau yang lebih terpelajar daripada aku tak patut buat pernyataan umum macam tu.

apalah nasib. masa sekolah dulu kawan-kawan sendiri mengejek pasal masih berbaju sekolah. masih terikat dengan peraturan sekolah. dah masuk universiti pula, terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang pemikirannya sempit, kolot. bangga sangat dengan status diri konon veteran dalam dunia kampus sampai dalam tak sedar merendah-rendahkan orang lain.

aku sedar aku tak bagus. tapi kau, kau, kau, yang pandang rendah pada budak-budak STPM boleh pergi mampos!
Post a Comment