20091022

Anak Abah

tak masuk study mode lagi. kenapa lambat sangat this semester? aku tak kesah result. asalkan dapat maintain scholarship. contoh masa form 2. saja-saja buat exam macam cibai sebab nak turun kelas sebab nak sekelas dengan BFF. tak adalah turun sangat pun. turun satu kelas ja. tapi, aku kesah reaksi parents aku.
masa aku PMR dapat 7A 1B. B geografi. aku rasa ok because it was more than what i was expecting. tapi abah marah gila-gila sampai aku menangis.

SPM aku 6A 1B 3C. B biologi. C add maths, fizik, kimia. masa ni memang aku salahkan parents sebab aku tak nak masuk aliran sains tapi diaorang insist juga (aku ada tulis something pasal benda ni masuk majalah sekolah, MALARHIJAU 2004. nanti aku post). abah suruh apply engineering. aku tak nak.

niat nak masuk form 6 sekejap ja. tiba-tiba… UPU reject. matrics reject. poli, maktab tak apply sebab tak tahu ----------------- bodoh kan -.-'

masa STPM aku tukar ke aliran sastera. dapat lah juga 3A 1A-. A- pengajian perniagaan…


…tapi aku rasa puas hati sebab sepanjang satu setengah tahun masuk form 6, sekali ja aku cecah three pointer. tambah dengan doa-doa cikgu yang memang tak suka aku. senang kata, satu sekolah pandang rendah kat aku. sepatutnya tajuk berita tu, warga SIGS tak sangka Nadhirah Na’iemah dapat 4A. so, kira ok lah kan result aku? kan? kan? and by the way, STPM aliran sains ja yang susah nak score. aliran sastera banyak kena baca dan hafal.

disebabkan time after SPM apply UPU ikut pilihan aku tak dapat, after STPM aku apply ikut pilihan abah. dia set apa yang dia nak siap ikut turutan course mana nombor satu sampai lapan. aku set IPTA mana. Alhamdulillah, dia dapat course yang dia nak dan aku dapat IPTA yang aku nak.

kembali kepada isu semasa… sekarang ni aku betul-betul dapat rasakan result aku akan turun this semester. aku takut nak menghadapi abah. macam mana ni?? malasnyaaaaa nak belajar :(

p/s: masa tulis this entry baru aku perasan aku tak pernah rasa dapat perfect score selain UPSR. kalau dapat, Alhamdulillah. tapi kalau tak dapat, tak apalah. tak hadap pun dengan perfect score. yang penting aku happy dengan diri sendiri.
Post a Comment