20091013

I DON'T OWN

(aku rasa sangat bosan nak mati dan macam best ja kan buat list syok sendiri macam ni. self-obsessed sangat. haha.)

1. kereta
sebab aku tak tahu drive. aku ada lesen dah 3 tahun dah. tapi aku takut. takut sesat. takut accident.

2. sikat rambut
tak suka sikat rambut. pasal tu tak ada sikat. kalau sikat nanti rambut jadi wavy. nak curly. nak curly. nak curly. macam ezlynn. dalam setahun adalah tiga kali aku sikat rambut.

ezlynn

3. kamera digital
aku ada kamera lomo tiga ketul. lomolitos. oktomat. splitcam. tak mampu lah kan nak beli kamera macam kamera su. tapi gambar kamera su cantik.

bakery Pusanika UKM

4. cermin mata hitam
tak perlukan pun sebenarnya. aku tak nak jadi macam orang-orang gila pakai shades dekat tempat teduh i.e: shopping complex, tren komuter. lain lah kalau buta kan.

5. earrings
first time aku tindik telinga masa enam tahun. lepas tu masa darjah empat. lepas tu dah tak tindik dah. sebab malas nak pakai. sakit. tak suka. lagipun pakai tudung. last time aku pakai masa party QM 2005 kot. tu pun bukan aku punya. sekarang ni haruslah lubang tindik tu dah tersumbat.





ada banyak lagi benda yang aku tak ada sebenarnya. tapi tak boleh nak tulis banyak-banyak sebab list dia sampai nombor lima ja.
Post a Comment