20090915

Here Comes The Flood – Part 2

sebelum ni aku pernah sebut pasal S5E3 Grey’s Anatomy berkenaan dengan tangki rumah aku yang bocor akhir semester lepas.

kali ini aku bukan nak cakap pasal tangki air Blok 10 KKM yang pecah. tapi pasal kawa aku . baru siang tadi dapat tahu dia ada ketumbuhan dalam hidung yang boleh membawa kepada migrain yang sangat kronik dan kemungkinan, masalah pernafasan yang lebih membahayakan. naik raya ni kalau ubat-ubatan tak berkesan, insyaAllah kena bedah.

dalam Grey’s Anatomy S5E3, ada seorang pesakit yang mengalami migrain kronik bertahun-tahun. mula-mula Dr. Shephard ingatkan pesakit tu ada masalah pada otak. atas usaha Lexie Grey, Dr. Sloan berjaya mengesan ketumbuhan dalam hidung pesakit tersebut yang merupakan punca kesakitan yang dia terpaksa alami selama bertahun-tahun akibat diagnosis salah. * medical negligence.

berbalik kepada keadaan kawan aku, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia tak perlu merana macam pesakit dalam S5E3 Grey’s Anatomy. harap-harap dia cepat sembuh. insyaAllah.
Post a Comment