20090917

happy aidilfitri --- NOT!

semalam buka puasa dengan myra, hasan, hariz, kimi, su, wawa and jaja depan masjid putrajaya. gila best. gila kenyang. perut buncit tak boleh tahan. kegembiraan tanpa batasan.

sayangnya masa nak balik tu tersedar sesuatu yang sangat tak best. sangat down time tu. last-last, wawa bawa pergi cyberjaya. singgah kat cyberview lodge yang best tahap gaban tu. memang best gila babi ok. garden dia mengancam wa cakap lu! haih. tak sabar mahu kesana lagi. jadi kepada siapa-siapa yang ragu tentang venue tersebut, sila lah kesana. anda pasti teruja.

lepas tu pergi mana tah kan. makan ice cream. area cyberjaya juga. wahh. memang the best ice cream tu. nasib baik dah kenyang. kalau tak, nak tambah lagi satu. hehe. terjumpa pula kedai jual imported clothes from japan yang sudah semestinya vintage. sebenarnya aku taknak beli. tapi kena hasut. hahahahahaha. nasib lah kan. aku beli dua. hahahahahaha :DDDD gembira!

kegembiraan tu terbawa-bawa sampai hari ni sebab balik JB kan. sampai larkin, dah masuk waktu berbuka. nasib baik memang dah melantak jajan dalam bas. op! haha. tapi nuar (boyfriend ofee) belum makan jadi, kitaorang gerak ke kotaraya makan kat kopitiam kluang railcafe. memang mantap nasi lemak ayam dia! hehe.

dah alang-alang kat kotaraya, pergi kamdar pula. tengok selendang under rm10 ja semua. apa lagi, rambang mata. tapi last-last aku yang tak beli. ofee yang beli dua. hampeh!

sampai rumah. happy. happy sangat. tiba-tiba bila aku tengok betul-betul baju raya aku lain macam gila. apa pasal baju merah bunga-bunga ni kurung moden? timbul rasa syak macam ada sesuatu yang tak diingini telah berlaku. dah nak nangis ni. nak nangis. tapi belum lagi. sedapkan hati sendiri ni. tapi muka memang tak boleh blah nak nangis. aku naik atas buka gobok. DAMNNNN!!!! baju cotton purple aku kurung pahang. sial! sial! babi! sial!

tak bestnyaaaaa raya T_T

Post a Comment