20090721

Kacip - Pipiyapong



dalam masa 1 jam tidak berturut-turut aku habiskan baca Kacip. dia punya best tu macam nak hantar pergi fotostat. macam ja lah. karang aku buat betul-betul menangis tuan punya buku. aku cadangkan pakcik Denning dan konco-konco beliau menulis judgement semacam buku yang aku baru lepas khatam tu. baru lah timbul rasa keseronokan yang amat sangat tatkala membaca kes.

thanks kepada ira ‘nama-separa-sama’ nadhirah sebab dengan murah hati bagi aku pinjam buku tu. siap offer buku lain lagi. dah macam library bergerak dah.  ni lah baru dikatakan perempuan berhati mulia.

~

abah datang tadi. tak sempat nak berbual pun. rasa macam angin sepoi-sepoi bahasa ja. sampai bilik aku cuba try test baju yang aku kirim dari almari rumah dan pejabat pos Taman Daya. ada satu baju tu tak muat. orang yang jual baju ni fikir aku kanak-kanak kecil belum baligh ke? yang aku pelik, kalau size yang semacam aku ni pun tak muat, siapa ja yang muat? lepas tu aku rasa kosong sebab macam sekejap gila aku jumpa abah. makin rindu adalah.
Post a Comment