Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

i don’t have plans to usher in the new year, whatever that means.

i can’t sleep last night. effect nap lima jam semalam and baca buku pasal perang-perang yang gory sebab ada cakap pasal corpse and maggots euww! dah nak pukul enam pagi baru tidur. oh. buku tu tajuk dia The First Casualty written by none other than Ben Elton. my least favourite book of his. reasons; tak suka cerita perang, banyak sangat pasal sejarah and places yang tak pernah dengar nama, berlambak military jargons and words yang aku tak faham but i was too lazy to look it up. aku suka part politics and investigation sahaja. mainly, mesej dalam buku ni is most wars are so meaningless, it’s not worth the fight. true indeed.-soalan lazim menjelang tahun baru:apa plan? apa resolution baru? resolution lama tercapai ke tak?i have no plans because, i don’t celebrate new years. i would love to have fun every second i can get. not necessarily on new years. tapi best juga kalau dapat tengok fireworks. tapi, kalau ada reliable transportation i would love to make plans for my friends. ada yang …

rumah awang alak betatar

habiskan Christmas weekend at Ampang. one word: SYIOKKK!
gila jakun ok naik METROBUS sebab driver bus suka-suka hati ikut jalan shortcut and smoking while driving the bus and ada one time tu bas gegar-gegar macam nak roboh. Alhamdulillah, masih bernyawa.
agak excited sebab first time sampai Ampang Park. first time sampai Ampang Point. masuk Cash Converters. jumpa Brands Outlet. jalan kaki dari KLCC to Ampang Park. macam tak jauh tapi jauh juga. dapat tengok rumah-rumah duta dekat Ampang tu. dan lepas Google baru tahu WTH is Rumah Awang Alak Betatar. Istana Hinggap rupanya. Sultan Brunei dulu kahwin dengan orang TV3 tu kat sanalah. tak tahulah sebenarnya Sultan Awang Alak Betatar tu siapa. ada kaitan dengan Brunei/Sabah tapi tak sure. tapi menarik.
and and and, despite the fact that duit belum masuk, masih ada hati mahu tengok movie. the first one was not planned. kebetulan pergi KLCC and tengok-tengok ada Sherlock Holmes. wah! satu movie sudah boleh cancel dari list. yeay! cerita tu best…

Avatar [2009]

tadi tengok Avatar dengan adik-adik pukul 2:15pm dekat TGV Cinema Aeon Tebrau City. roughly 98% penuh. 4, 5 orang keluar awal.

latar tempat cerita tu dekat Pandora, satu tempat yang fiksyen semata. tempat tu cantik. malam-malam tumbuhan glowing saja. memang menarik lah tempatnya. tapi kalau tengok binatang-binatang yang ada kat alam sana memang menggelikan. muka ganas dengan tentacles bagai. tapi ada satu serangga ni lawa bila malam-malam dia pusing-pusing keluar cahaya (Fan Lizard). ada satu binatang macam badak, pun cantik jugak sebab ada macam burung merak punya ekor kat kepala.

blue alien yang tinggal kat Pandora dipanggil Na’vi. ada banyak puak tapi cerita ni fokus dekat puak Omaticaya. diaorang ni seksi lah. tak pakai baju. tapi nama pun orang asli kan. mereka ni pun glow in the dark macam tumbuhan. padanlah toy avatar yang dapat kalau beli Happy Meal kat McDonalds glow in the dark.

dalam cerita ni nampak sangat askar US ni kejam. menangis tengok diaorang musnahkan rumah orang a…

hilangkan rasa itu, akhirkan semua

kadang-kadang kita kena tegas supaya everything tak bergerak in a loop. balik-balik benda sama. balik-balik sakit. balik-balik kena kongkong. balik-balik nangis. balik-balik ada satu benda ja yang boleh buat happy. dah bergerak one step forward tapi lepas tu ambil one step backwards. statik sahaja hidup. that’s not a good thing. lagipun dari awal dah tahu benda ni bukan selamanya, tak akan ke mana. maka, be realistic. i can be your friend if you want to. tapi kalau mahu lebih… sorry, i can’t do that again. - cinta sempurna; yuna

Assabiyyah

semalam aku meluangkan masa untuk membaca lebih lanjut pasal freak accident at KB Mall Ahad lepas. sangat sedih ok! especially bila tengok videos nampak ada kawan-kawan victims (just an assumption tapi maybe diaorang kenal each other cause satu kolej) dekat-dekat situ boleh tengok ja tak boleh buat apa-apa. kalau aku kat tempat diaorang memang rasa hopeless useless gila maybe nervous shock terus.
ada juga video orang tengah buat CPR. tu pun sedih juga. siap ada gambar victim dah ditutup tapi still lying on a pool of blood. her own blood. obviously memang dia dah arwah masa tu. memang freaky gila. aduhai. macam mana lah aku nak hidup kalau aku teruskan niat nak jadi nurse (selalu berangan jadi nurse dari dulu lagi). tak mampu nak tengok semua-semua tu. for sure menangis ja kat hospital. sedih tengok orang meninggal…
bila baca forum pula dapat tahu one of the victims tengah berbual dekat telefon with bakal tunang dia masa dia terkena kereta tu. the guy heard everything and tunggu dal…

stars in our eyes cause we’re having a good time

the last funeral was my younger sister’s. the last death was on friday (mak tok’s step-sister). the last wedding was my cousin’s. semuanya depressing in different levels. after solemnization. grab this from my cousin’s Facebook :P bride’s kenduri was on Saturday. theme: red, white. tak rewang tak apa. i just sat around and snap some pics. at last bernyawa kembali kameraku. but still, doing nothing for five hours is tiring. my oldest cousin bought ice cream for the big family. yeay for that because the cake sucks. i hate cheap cream cakes.
at night, went out to Batu Pahat with my uncle’s family. we’re hoping to grab a bite at Odeon. too bad it was closed. we end up eating at Warung Azizah, Lorong Ali (??) which is like 10 minutes away from nyai’s place. what a waste of time and fuel going all the way to BP. salah jalan bagai because of all the one way roads. fortunately the food was great. mi bandung there was as good as Odeon’s plus super tasty seafood fried rice. yumm! :)


kenduri at …

three steps

dulu-dulu masa sekolah hari-hari kena beratur dalam Dewan Budi sebelum masuk kelas. semua orang yang tak siap homework subjek first period akan berdoa supaya perhimpunan lama so first period burn gitu ja or kalau yang rajin sikit akan bertungkus lumus cuba siapkan bycopyingfriends'homework sebelum habis perhimpunan.
selalunya aku akan berdiri dan bergossip sambil melayan rasa ngantuk yang amat. sampai sekolah pun agak lambat. biasalah. duduk hostel SIGS. hostel umpama rumah setinggan. kalau tak pukul 6.45pagi tak bangun lagi dari tidur. kalau tak pukul 7.05pagi tak keluar lagi dari gate hostel. kecuali masa form six. masa tu warden hostel dah strict sikit. and aku dah besar. malas nak kena marah dengan warden.
paling bingit bila cikgu dah start membebel, prefects membebel, buat announcement bagai, dengan semua orang bercakap dalam masa yang sama secara berjemaah, kepala jadi pening, ada yang macam nak pitam. ayat wajib 'girls, tolong senyap'. comel ja panggil 'girls&#…

lomomok.

dah lama gila tak berlomo. kamera dah bersawang. filem dah basi. tak ada duit nak cuci. macam haram. gambar masa buka puasa dengan anak-anak yatim dekat negeri sembilan tu! janji pada diri sendiri lepas ni at least on lomolitos. split-cam boleh tunggu. oktomat comatose kot.
nak fish-eye dan colorsplash. macam tunggu bulan jatuh ke riba.

movies that i would love to watch.

city square city square city square

J.CO; 17112009


roibo. JB Sentral. J.CO; 29112009
dua kali ja aku keluar cuti ni. tak termasuk pergi Tesco dengan abahand najmi. tak termasuk singgah Jusco sekejap sebab nak beli belated birthday cake. tak termasuk pergi weddings and jumpa mamat kat hostelalmost every week. tak termasuk Najmi’s graduation. tak termasuk eating out almost every night because ma balik kerja after 8PM everyday. tak termasuk balik kampungforAidiladha. tapi aku dah tak berapa depressed dah. biasa ja.
sekian; batu pahat; 27112009
p/s: november has been a long month. it’s the beginning of december already. truth be told, i don’t wanna know my results. nonetheless, i hope it’ll not be as bad as i thought it would. 16 days left… good luck guys!

Blind Faith - Ben Elton / Now Generation

lyrics here pernah dengar lagu ni? memang betul-betul menggambarkan generasi zaman sekarang yang mostly terikat dengan social networking, the need for money, the need for speed. huhu. tapi cuba bayangkan kalau satu hari nanti benda-benda yang kita kejarkan ni took control over humanity? tak boleh bayangkan?? sila baca Blind Faith by Ben Elton.
“Imagine a world where everyone know everything about everybody. Where sharing is valued above all, and privacy is considered a dangerous perversion… a post-apocalyptic society where religious intolerance combines with sex-obsessed, utterly egocentric culture. In this world, nakedness is modesty, independent thought subversive, and ignorance is wisdom.”
bayangkan kewujudan sebuah kerajaan yang berlandaskan satu kepercayaan yang entah apa-apa dengan undang-undang yang entah apa-apa. rahsia adalah sesuatu yang taboo. semua orang diwajibkan post video at My Tube (YouTube la kiranya) and blog about their life includingvideos of themlosing virginity

kenapa saya suka balik kampung?

kampung bosan. TV3 ja yang clear. channel lain hitam putih bising gamba pecah-pecah. phone reception tak clear. tak boleh online. budak-budak siang malam bising main lari-lari tak nak stop. tapi best bila melayan nya’i. kelakar bila dia asyik cakap kesian ja. dia suruh pakcik aku potong nasi impit. pakcik aku cakap tak ada pisau. dia boleh cakap “iye? kesian…” haha. sengal. sengal. time kitaorang cakap jam kat hall lambat pun dia cakap benda yang sama. wah wah nya’i. menganjing nampak? haha. tadi ingatkan selipar hilang. mana tau kena curi dengan buruh kasar. kampung aku tengah hot dengan kejadian rompakan. tu yang seram tu. cuak gila sebab barang aku mostly orang bagi, termasuklah selipar tu. sekali rupa-rupanya nya’i pakai pergi rewang kat rumah jiran. isy. isy.
nya’i ku suka warna merah :) yang lagi dua orang tu cousin balik kampung dapat makan sambal goreng yang sodap! thefood is good. ni pun before gerak to JB makan sup kambing dulu. nom nom nom (pengaruh Cafe World :P)
tengok TV…

selamat hari raya aidil adha.

hand phone aku yang tak ada warna tak ada 3G tak boleh MMS tak ada mp3 tak boleh online tu juga yang elok. tapi dah bagi ma guna. sekarang ni aku dah macam tak ada hand phone dah.
phone 1: boleh guna untuk answer call sahaja. nak call boleh tapi leceh sikit sebab tak nampak screen so tak tahu keypad dah unlock ke belum. tak tahu dial number ada salah ke tidak dll. sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, which i don’t have.
phone 2: charger dia rosak. dan selalunya tak ada reception. tapi masalahnya sekarang battery sudah flat. maka, tak function dah. kenapa tak beli charger RM10 ja??? sebab… benci lah keluarkan duit untuk benda-benda ni!
kejap lagi nak balik kampung sampai hari sabtu. selamat hari raya. BYE!

rewind: 2005-2006

dulu suka tulis diari. sekarang aku dah tak tulis. sebab dah malas nak menulis. menaip ja. dan tulis blog. tapi blog bukan diari. dalam diari aku tulis everything. apa-apa sahaja yang terlintas kat fikiran aku. letters to God. letters to people that i love. letters to my ex yang dulu aku sayang. benda-benda yang tak puas hati. my deepest feelings and emotions, dreams and suicide notes.
mood melancholy menyebabkan aku buka balik diari 2005-2006 yang merupakan zaman gelap dalam kehidupan aku. zaman aku hidup sendiri dan lonely. zaman kena tinggal dengan kawan-kawan sebab diaorang sibuk dating dengan declare tapi aku tak ada declare. macam mana sayangnya aku kat junior-junior aku masa tu. betapa bestnya dapat #1 kejohanan rumah sukan tahunan masa form 5. everything ada dalam tu. every tears, every smile, and maybe some sweat.
diari tu buat aku sedar yang tulisan aku dulu sangat comel dan lawa compared to tulisan sekarang ni sebab sekarang lebih banyak menaip daripada menulis (aku berdoa

semalam malam-malam semua jadi gelap.

last night keluar makan tapi madihah tak ikut sebab lately dia asyik tidur awal ja. and then balik rumah. and then mengamuk. and then phone yang dah berikat getah jadi mangsa. and then skrin dia blackout. macam haram gila. sometimes boleh tekan keypad kadang-kadang tak boleh. kalau nak dial number phone rasa macam orang buta. aku tak tau phone tu unlock ke tak. nasib baik aku tak setting PIN code or security code or whatever code lah yang boleh letak kat phone. kalau tak memang aku dah bungkus ja phone tu masuk dalam kotak balik ala-ala kebumikan. satu ja masalah besar. kalau kantoi kat parents aku memang lah jenuh nak menjawabnya. this is not the first time phone tu rosak. last semester break baling sampai tak dapat line. lagi haram tak boleh guna. aku macam… tak tau nak buat apa. so, aku salahkan orang yang sakitkan hati aku. don’t blame me! blame whoever invented PMS. and by the way, gambar-gambar kat atas ni semuanya diambil dari phone yang sekarang buta tu.

you are exactly where you’re supposed to be

aku pernah cakap aku nak post benda alah ni. tak best pun. tapi boleh lah. dapat juga masuk majalah sekolah. Sukar Sukarnya membuat pilihan
Hati mahu
Akal tak tahu
Hati runsing
Akal pening
Hati membentak
Akal membisu
Hati membatu
Akal membeku. Tapi
Biar hati pedih
Biar akal merintih
Keputusan harus di buat
Hati mesti lah kuat
Akal tetap padat. Berdiri di persimpangan
Antara keluarga dan kepuasan
Antara arahan dan kecenderungan
Antara alam dengan kata-kata
Antara sains dan sastera. you can find this in Malar Hijau 2004, majalah Sultan Ibrahim Girls School (Secondary).

everyone connects

dalam banyak-banyak versi (nyanyian), aku paling suka sekali yang Bunkface dan Shila punya versi. Tomok ok. tapi aku benci rambut dia. Mila nyanyi mengada-ngada. tapi ni pendapat dan persepsi dan ikut rasa aku ja ok. siapa peminat Tomok dan Mila sila jangan emo.
by the way, abah dah subscribe channel yang ada kartun. maka hari ini esok dan seterusnya amat sukarlah nak tengok cerita selain kartun. sangat siot. sangat tak suka. sangat. sangat. sangat. tapi aku suka tengok kartun. tapi tak adalah selama-lamanya nak tengok kartun. tapi. tapi. saja nak dengki kat adik-adik :p hmmm. dah nak cuti sekolah ni. aku harap najmi pergi taska sebab kalau dia stay kat rumah susah aku nak keluar.

i’m 92% addicted to Facebook.

i’m addicted to books too.
status: done. it was OK. about life at L.A.
status: still sealed. watched the movie though.
status: progress – third chapter.
status: still sealed.
status: un-opened.
status: progress – first short story.
other books i’ve bought this semester can be found here. Gridlock by Ben Elton. status: progress – first chapter Stories We Could Tell by Tony Parsons. status: read once (borrowed from library). own copy still sealed.
last but not least…
is this bad?? what the hell. boredom is killing me slowly. and the pain seems unbearable.

Najmi's Kindy Graduation

SAVE & SPLURGE

aku suka shopping tapi ada benda yang aku tak kan beli if mahal and ada benda yang aku sanggup berhabis duit.
1. books & magazine splurge habis-habisan kalau masuk bookstore. kalau ada duit lebih sikit ja habiskan buat beli buku. sebab best. nanti dah ada rumah sendiri boleh display collection :p
2. clothes beli baju bundle sudeh. save duit. huhu. kalau pergi pasar malam dekat-dekat shell tu of course aku borong dress sehelai RM10. kalau pergi Midvalley or Semua House mesti singgah Bliss Shop. tetapi… kalau duit tengah banyak (baca: duit JPA baru masuk) beli lah baju mahal sikit. saja nak memuaskan hati sendiri :D
3. makeup ini memang splurge. sekarang ni banyak gila benda yang aku tak guna lagi still sealed tak tau bila nak guna. tapi benda tu cantik dan menarik buat aku tertarik. salah aku ke? mereka yang terlalu menggoda. motif salahkan benda tak bernyawa? hahahaha. ok. gila sekejap.
4. food ramai orang cakap untuk makan janganlah berkira maka aku splurge on food! perut memang tak …

anda tahu anda dah sampai Johor apabila…

1. stesen radio bahasa melayu frekuensi 97.6FM secara tiba-tiba bertukar menjadi stesen radio bahasa inggeris.benda ni boleh apply kalau kauorang dari KL to Johor ja. 97.6FM kat KL HotFM tapi kalau kat Johor Hitz.FM. sebenarnya tak adalah tiba-tiba sangat dia tukar sebab masa kat sempadan Johor dengan Melaka tu memang tak dengar apa pun. haha---perjalanan pulang sangat mencabar hari ni. elok abah sampai depan blok nak angkat barang masuk kereta, hujan lebat gila macam nak ribut sampai ada satu motor ni jalan jalan jalan tiba-tiba tumbang ditiup angin dengan daun-daun berterbangan dan wiper kereta bergerak selaju mungkin tapi still aku tak nampak apa yang ditulis kat signboard nasib baik abah dah biasa lalu jalan tu.lepas tu masa dah kat area Pagoh tu nampak ada kereta terbalik dalam longkang. masa tu hujan tak lebat sangat lah. ok ok ja. kesian. kat situ memang angin lintang. dulu yang aku accident masa form 4 yang adik aku meninggal sebab kepala retak tercampak keluar dari kereta and

Bad Romance – Lady Gaga

final exam has ended. hoorah! :D went to Jusco in Balakong(??) with anis, ina, zahirah and fakhri. had a 2 hour karaoke session with the girls and later on we watched Pisau Cukur. i didn’t know before watching it that Bernard Chauly is the director. no wonder he invited me (via Facebook) to watch the movie. heeee. i remember watching Gol & Gincu in 2005 with schoolmates and it was like, THE best Malay movie during that time. and Pisau Cukur is definitely a very chic movie! the star-studded casts are incredible. INCREDIBLE i tell you!!! i love liyana jasmay’s work (strictly acting-wise). and 3R and afdlin and nas-T and eizlan and fazura. it has flaws but it’s still my must-watch-movie of the month!!!

on another note, tomorrow, i’ll be leaving UKM. not for long. 5 weeks only. i hope life won’t suck at home. i hope wifi is working. i hope i have money to go shopping. i’m running out of cash! and i still owe RM300++ to celcom. damn you celcom!! oh JPA, where art thou??

p/s: lets sing…

Sale = Exception to limitation clause on buying things you don't really use

sabtu lepas aku pergi Times Square dengan jayanya dan masuk-masuk ja nampak sign besar-besar kat Metrojaya lebih kurang - “MOVING OUT SALE up to 70% discount”. mantap! apa lagi. serbu lah!!
tak sia-sia datang! memang gila-gila promo barang Maybelline and Loreal 30% discount, ZA lebih murah daripada biasa. Revlon and KATE; almost all products under RM20. 



i’ve been in love with you all my life.

i’m officially 21 yesterday and to my surprise, it was a great day. i mean, it was like, the GREATEST DAY EVERRR… for now. hehe.

…thanks a lot for the cards and the cake and mee hailam and custard puding and tepung gandum cap anchor -.-". THE great day would never happen without these guys and the mastermind (which i’ll thank later). in fact, my life at UKM would never be the same without them! 





p/s: i love this :)

The Time Traveler's Wife [2009]

(source)
dah dua bulan lebih aku simpan cerita ni dalam laptop tak terasa langsung nak tengok tak tahu sebab apa. last-last aku pergi tengok dengan anis, ina, fakhriandsyatek kat alamanda lepas paper cyber yang senang gila babi macam nak makan coklat sambil jawab T_T
bagi aku cerita dia generally berkisarkan takdir, kasih sayang, penantian, kesabaran, dan apresiasi.

takdir ni memang misteri. apa-apa yang terjadi akan sentiasa balik semula kepada takdir. misalnya persoalan kenapa Henry mesti jumpa Clare? mesti. macam mana dia travel pun dia mesti jumpa. jawapan dia senang ja. semua tu takdir.
part merajuk ;) (source)
kasih sayang akan mengatasi segalanya. tak kiralah kalau mula-mula kita rasa dia beban dan menyusahkan macam satu sumpahan. sebab ada kasih sayang tu, semuanya akan jadi ok. kasih sayang antara ibu bapa dengan anak. kasih sayang suami isteri. kasih sayang kawan-kawan… love makes the world go round.
penantian kadang-kadang menyeksakan. sangat memerlukan kesabaran tanpa ba…

budak-budak.

malasnya nak study. layan anak lagi bagus. hehe

kill bill sangat :DDDDDDDDDDD

Isu-isu ekonomi yang tak ada isu

hari ni agak kurang best. bukan pasal paper pengurusan persatuan tu. paper tu macam relax ja lah. baca tak baca belakang kira. tapi pasal seseorang yang buat aku risau macam nak call polis buat report missing person dan tiba-tiba call aku dengan suara bahagianya selepas aku nangis sepanjang-panjang exam tadi. grr. - nak buat promosi kursus isu-isu ekonomi U3. kalau agak-agak next semester kauorang lambat daftar and tinggal kursus-kursus yang macam jadah bunyinya, ambil je lah isu-isu ekonomi. dia more to muamalat sebenarnya. kau Melayu ke Cina ke India ke Islam ke tak ke jangan risau. pada pendapat aku group terbaik presentation hari tu was a group of chinese law students. so memang tak ada masalah even though belajar pasal ekonomi Islam. lecturer (Dr. Amin) sangatlah baik hati. sepanjang-panjang lectures dia akan bagi hints. buku dia nipis ja. kalau baca buku betul-betul confirm boleh score time final --- tapi hari tu aku tak baca betul-betul :| walaupun dalam buku tu banyak ayat Al…

2002/2009

(WARNING: the following images might disgust you!!)


 not too shabby :p

benda yang sama aku, jana, and deqcha buat masa form2. benda ni rasa lagi sedap daripada lauk tengahari hari ahad dekat hostel.

p/s: Facebook reactivated.

facebook deactivated.

good thing i captured this. rinduabah ;(